Bismillah
Sakit tapi tak nampak
Itulah takrifan penyakit mental. Penyakit mental ni meluas dan banyak jenis kalau kita kaji. Penyakit mental kalau tak dirawat, boleh menjejaskan mood, pemikiran, dan tingkah laku. Bila sebut pasal penyakit mental, masih kurang kesedaran, pengetahuan dan masih banyak stigma dalam masyarakat. Sehinggakan, pesakit kurang dapat sokongan dan malu atau tak tahu cara untuk dapatkan rawatan. Aku tak malu untuk cerita pengalaman aku kat sini, supaya dapat membantu orang lain yang mungkin satu hari nanti memerlukan.
Aku rasa hidup ni kosong, walaupun aku ada family yang aku sayang, kucing kesayangan ibarat adik sendiri, kawan-kawan, dan orang sekeliling.
Boleh dikatakan tiap hari aku menangis, dan mudah sensitif. Sampai mata bengkak, muka sembap.
Aku hilang minat pada hobi aku yang dulunya suka, aku hilang semangat, aku dah cuba.
Aku asyik rasa bersalah kalau tak dapat bantu orang yang aku sayang, biarlah aku yang berkorban atau penat, end up aku yang tumbang.
Aku rasa aku seorang dewasa yang gagal uruskan kehidupan & diri sendiri.
Aku senang rasa marah, asyik tertekan, waktu tidur pun rasa resah & gelisah.
Aku ada fobia yang aku tak boleh buang sampai sekarang & mengganggu hidup aku. Setiap malam menjadi mimpi ngeri. Bangun tidur penat umpama lepas pergi berperang.
Ada masanya, aku tak tidur satu hari. Otak bising. Aku mintak doktor prescribe ubat tidur atau drowsy medication. Tapi kebanyakan hari aku terlebih tidur. Aku boleh tidur selama 12-14 jam sehari.
Walaupun cukup tidur, aku tetap rasa tak ada tenaga, even nak buat small things je pun.
Ada masa tak cukup tidur, tapi aku hyper.
Ada waktu, aku tak nak makan. Tapi aku dah tak kisah pasal berat badan aku makin naik. Makan sedap-sedap is the only way to make me happy & distract rasa sedih.
Analytical skill aku makin lambat, padahal dulunya otak aku cergas.
Otak aku tak ada function untuk berfikir. Aku banyak termenung.
Aku tak boleh fokus buat kerja atau aktiviti harian. Minda asyik menerawang.
Nak decide buat pilihan untuk something pun aku rasa susah sangat.
Aku banyak lupa benda penting, even the simple thing, lepastu aku rasa annoying dengan diri sendiri.
Aku tak suka diganggu, sama ada panggilan telefon, mesej ringkas, atau aktiviti sosial. Aku rimas bila orang cari aku.
Semua perkara yang aku suka buat, aku dah tak mampu nak buat, hilang semangat & minat.
Nak bangun pergi toilet pun rasa berat sangat. Bangun pagi rasa tak boleh teruskan kehidupan. Bila nak tidur, dah fikir macam mana nak mengharungi hari esok.
Aku banyak ambil cuti sakit daripada kerja, kehadiran aku makin merosot, muka aku paling kerap pergi klinik minta MC dengan doktor, tapi aku memang tak boleh function.
Aku selesa berkurung, duduk dalam bilik sendiri, dan elak dari jumpa orang atau berkomunikasi dengan orang. Aku langsung tak bercakap dengan orang seharian.
Bukan sekadar kesedihan berpanjangan, bukan sebab kurang praktis agama, tapi ketidakseimbangan bahan kimia dalam otak. Contohnya hormon.
Genetik pun memainkan peranan, tapi bila ada kesinambungan faktor lain, itu yang menjadikan depression.
Tekanan dari persekitaran, tekanan hidup, tempat kerja, orang sekeliling, gaya hidup, faktor pemakanan.
Banyak penyakit fizikal, makan ubatan, kesakitan, masalah perut, menyumbang pada kemurungan.
Pemikiran negatif dan pesimis.
Banyak peristiwa berlaku dalam hidup.
Selamat Hari Kesihatan Mental Sedunia - 10 Oktober 2025