14 June, 2025

Scoliosis Awareness Month

Assalamualaikum, hai semua.

Kalau sebelum ini Izaa biasa banyak sharing pasal Epilepsi, kali ini, Izaa nak share something yang out of the topic, lebih-lebih lagi bila bulan Jun ni. 

Apa kaitannya dengan Izaa? Sebab Izaa sekarang pun ada masalah scoliosis ni.

Told them "I am not straight" and why is June is important month for me?

Bulan Jun ni sebenarnya Scoliosis Awareness Month (Bulan Kesedaran Skoliosis).

APA ITU SCOLIOSIS?

Scoliosis ialah satu keadaan tulang belakang seseorang tu bengkok sama ada ke kanan atau ke kiri. Tulang belakang membengkok dalam keadaan bentuk C atau S.

TANDA-TANDA SCOLIOSIS?

1. Paras bahu yang tidak sama tinggi

2. Sebelah bahagian tulang belikat tidak sama tinggi 

3. Sebelah bahagian tulang belikat kelihatan lebih jelas

4. Posisi pinggang sebelah kanan dan kiri tidak sama paras

5. Apabila membongkok ke hadapan, bahagian belakang tidak lurus dan tidak sama paras antara belakang kanan dan kiri

Itu adalah antara tanda-tanda atau visible sign yang kita boleh nampak secara fizikal. Nak check sendiri kat rumah pun boleh, minta tolong ahli keluarga periksa. Kalau ada tanda-tanda macam tu, dapatkan nasihat doktor. Untuk confirmkan, biasanya kena buat imbasan x-ray barulah boleh nampak dengan jelas untuk jenis dan severity scoliosis tu sendiri.


MACAM MANA RASA SAKIT SCOLIOSIS?

Tak semua orang akan mengalami rasa sakit yang sama. Tapi, ni antara general simptom yang biasanya pesakit skoliosis rasa:

1. Sakit belakang dan selalu rasa lenguh

2. Rasa kebas atau lemah pada kaki

3. Kesukaran bernafas (kes tulang belakang menghimpit sistem kardiovaskular contohnya paru-paru & jantung)

4. Sakit saraf/neurophatic pain


Untuk kes Izaa, jenis mild scoliosis, maksudnya tak teruk sangat, tapi dia Thoracolumbar Scoliosis, maksudnya membengkok berbentuk S dari atas sampai bawah. Setakat ni tak ada masalah pernafasan, cuma Izaa ada masalah sakit pada nerve, tak dapat berdiri lama, satu badan sakit.


RAWATAN SKOLIOSIS

1. Pemerhatian, regular check-up (Biasanya untuk mild case)

2. Bracing (bergantung pada curve severity)

3. Physical therapy (stretching exercise, physiotheraphy)

4. Surgery/pembedahan (severe case)

Setiap rawatan juga bergantung pada condition scoliosis. Kalau masih di peringkat awal pengesanan, tak perlu surgery, tapi bergantung pada sesetengah kes, kalau scoliosis tu makin teruk, surgery kena buat, walaupun hasil surgery tu tak akan boleh tegakkan tulang belakang tu 100% semula.  


Sejak ada masalah scoliosis ni, lifestyle kita pun jadi berubah. Banyak benda nak kena jaga dan lebih berhati-hati. Contohnya:

1. Pakai kasut jenis supportive footwear

2. Tidur kaki beralaskan bantal

3. Guna lumbar support waktu drive

4. Duduk dalam posture ergonomic

5. Bawa bantal ke mana sahaja untuk keselesaan waktu bersandar

6. Kurangkan angkat bebanan berat

7. Elakkan extreme sport

8. Life depending medication

Ini cuma perkongsian saya hanya untuk kesedaran. Dari simptom sakit saraf, bermulanya pada kaki, hingga ke seluruh tubuh, saya tak tahan menanggung deritanya selama beberapa tahun.

Hingga pada satu hari, saya dapatkan consultation & buat pemeriksaan fizikal di klinik. Doktor arahkan untuk melakukan imbasan x-ray tanpa saya mengesyaki apa-apa. Tapi macam mana la saya nak senang duduk bila membaca nota andaian diagnosis oleh doktor: TRO scoliosis. 

Ternyata, kebimbangan saya dibuktikan dengan hasil filem x-ray dan keputusan penemuan. Saya didiagnose dengan keadaan Thoracolumbar Scoliosis, keadaan di mana tulang belakang saya membentuk S daripada atas hingga ke bawah. 

Meskipun keadaan saya masih dikategorikan sebagai mild scoliosis, hingga kini saya agak sukar menerima keadaan ini berlaku pada tubuh badan saya.

Bermulanya perubahan pada gaya hidup, sesi rawatan dan fizikal mula terbatas. Di samping mengalami masalah saraf atau neurophatic pain, rujukan demi rujukan oleh pakar perubatan, kemudiannya saya juga didiagnose dengan masalah endometriosis.

Saya masih tetap bersyukur kerana saya masih lagi di fasa awal pengesanan penyakit. Rawatan awal boleh mengelakkan lagi daripada menjadi kronik.


Nota:

Itu sahaja yang dapat Izaa kongsikan, sebab Izaa bukan golongan pakar perubatan, dan Izaa belum memahami sepenuhnya keadaan ni. Cuma nak share sahaja apa yang Izaa alami sekarang. Doakan Izaa dan semoga kita semua sentiasa diberi kesihatan yang baik.


Assalamualaikum.