Bismillah, Assalamualaikum!
Untuk yang masih sering bertanya, apa contoh pekerjaan bagi OSH Practitioner atau Pengamal OSH ni? Okay, ini Izaa senaraikan contoh biasa nama jawatan asas dalam permulaan bidang OSH yang biasa syarikat guna.
Sebelum tu, pastikan faham kriteria atau 'minimum qualification requirement' sebelum apply position dalam sesebuah company.
Kelayakan minimum:
- Lepasan diploma / degree atau lebih tinggi di dalam bidang berkaitan OSH
atau
- Lulus kursus OSH-Coordinator [mengikut keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022, Seksyen 29 A]
Antara contoh jawatan yang layak dipohon:
- OSH / HSE Administrator
- OSH / HSE Clerk
- OSH / HSE Engineer
- OSH / HSE Executive
- OSH / HSE Assistant
- OSH / HSE Promoter
- OSH / HSE Supervisor
- OSH / HSE Planner
Kadang-kadang, sesetengah company akan merge jawatan OSH / HSE ni dengan fungsi atau department lain juga. Contohnya dalam Quality atau Security department. So, kena multitask la hehehe.
Untuk kelayakkan pemegang Green Book (lulus kursus & peperiksaan SHO), jawatan yang boleh dimohon:
- Safety Officer / Safety and Health Officer
Itu asas permulaan untuk kerjaya dalam OSH tau. Kalau minat lebih mendalam, ada banyak lagi kursus kelayakan yang spesifik boleh diambil. So, nanti kalau ada competency, kita dapat tambah ilmu lagi, dan boleh explore lagi pasal OSH ni. By the way, Izaa dapat idea untuk post ni sebab ternampak someone post kat LinkedIn. Credit to owner jugak ye tapi sorry tak ingat siapa yang post. Kalau owner nampak post ni, boleh roger Izaa ye!
Siapa aktif di LinkedIn? Boleh add connection dengan Izaa juga ya:
Terima kasih, bye!