05 December, 2022

Pelan Pengajian HS243 Sarjana Muda Kesihatan & Keselamatan Persekitaran UiTM Puncak Alam

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum! Ehh, dah genap 4 tahun lepas Izaa up entri: 

Semester 3 Sarjana Muda Kesihatan & Keselamatan Persekitaran UiTM Puncak Alam

Tak sangka tau dah 4 tahun post ni. Masa tu semester 3 pengajian 😅Alhamdulillah Iza dapat banyak positive feedback dari post tu. Mula-mula cuma nak share story unilife, ye laa impian nak sambung degree kat UiTM Puncak Alam tu dah tercapai, so kita pun excited laa nak bercerita. Eh, ramai yang PM atau e-mail bertanya macam-macam soalan pasal course ni. So, Izaa pun buat full post berkenaan pengajian ni: 

Sarjana Muda Kesihatan & Keselamatan Persekitaran (kepujian) UiTM Kampus Puncak Alam

Ada juga yang bertanya peluang kerjaya pula. So, ada certain soalan lain tu Izaa masukkan dalam 1 post yang baru untuk rujukan:

Peluang Pekerjaan Sebagai OSH Practitioner

Maaf kalau ada soalan yang terlepas pandang especially yang PM melalui Twitter atau reply comment kat blog post. Kadang-kadang kesilapan teknikal yang membuatkan Izaa tak dapat balas komen 😓 Social media account Izaa lebih aktif di Instagram dan Facebook.

Dan semua soalan tu Izaa try jawab seboleh mungkin apa yang Izaa tahu. Yang tak dapat jawab dengan lebih mendalam, minta maaf atas kekurangan hamba. Sebab Izaa pun kira baru fresh graduate lagi, so tak banyak pengalaman lagi nak kongsi kat junior.

Sekarang Izaa pun baru je setahun bekerja lepas habis study. Apapun syukur Alhamdulillah. Perjalanan masih panjang. Doakanlah yang terbaik, dengan keadaan kesihatan diri ni, kena sentiasa kuat. Nak berdikari, stay jauh dari family, usia masih muda nak merantau katanya. Pejam celik pun dah setahun juga merasa kehidupan menjadi anak rantau.

Kadang-kadang rindu sangat zaman study kat UiTM. Study plan/course outline atau pelan pengajian/kursus pun dah tak sama macam waktu Izaa study zaman kemasukan tahun 2017. Kat bawah ni Izaa sertakan pelan pengajian yang baharu yang UiTM dah revised. In my opinion, I think this revised course outline is quite good and much better. Contoh, final year project proposal dah start buat semester 6 dan 7, manakala waktu semester 8 hanya internship. So, attachment kat industi masa semester 8 nanti tak akan ‘diganggu’ dengan FYP macam zaman kitorang dulu.

Copyright © 2009-2012 Universiti Teknologi MARA

Course/Kursus = Subjek
Credit Hour/Jam Kredit = Bilangan jam bertemu pensyarah
Part/Bahagian = Semester

Kat atas ni untuk rujukan korang yang baharu ye! (Thanks pada seorang hamba Allah ni yang share kat Izaa the latest version).

Apa yang lagi buat Izaa happy and proud is, ada junior yang dulunya singgah-singgah kat blog ni, then apply course ni, and diorang dah final year study pun. Dulu zaman study pun selalu terjumpa kat fakulti. Sekejap je masa berlalu. Moga kejayaan menanti. All the best.

And terima kasih kat korang semua yang membuatkan Izaa sentiasa bersemangat nak update blog pink ni. Nanti singgah lagi ya.