01 June, 2022

Saya Kerja Safety (Keselamatan)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum! Saya masih aktif di Blogger ye :’)

Sekarang busy dengan kerja hakiki. Alhamdulillah, lepas habis degree, dah bekerja dan cuba menimba pengalaman sebanyak mungkin. So, bila orang tahu kita bekerja, mesti nak tahu juga, kita kerja apa? 


“Bahagian safety (keselamatan) kat kilang”


A: Jadi jaga ke? 

B: Awak tukang jaga gate kat kilang tu ke?

C: Sama macam kerja security ke?

D: Macam mana tu?

E: Keselamatan? Apa yang dibuat?


Tak tahu nak gelak ke nak nangis hahaha. Macam ni la antara response orang sekeliling bila kita mention keselamatan. Sebab, tak ramai sedar kewujudan dan kepentingan tugas kami dalam sesuatu organisasi tempat kerja. Kebanyakan cuma tahu tugas 'pak guard', tapi, tak tahu pula beza antara pengawal keselamatan dengan pegawai/eksekutif keselamatan. Nampak macam sama je kan? Lain tau!

So, nak clarify, skop kerja kami ni menjaga aspek keselamatan di tempat kerja. Bukan sekadar keselamatan pekerja, tapi kesihatan persekitaran sekali. Okay, make as simple la, untuk yang curious, kita explain sikit-sikit. Mungkin ada terminologi Bahasa Inggeris, Iza cuba bagi maksud dia sekali. Ini berdasarkan pengalaman Iza dalam keperluan industri pembuatan. Kalau dalam industri pembinaan atau petroleum, ada cabang lain lagi.


Dokumentasi

Pengurusan kesihatan dan keselamatan pekerjaan ni pun ada sistem perfailan. Laporan kemalangan, near miss (hampir berlaku), laporan kemalangan tahunan, pendaftaran tempat kerja, pendaftaran jentera/mesin, perakuan kelayakan penggunaan jentera, dan semua berkaitan mesti didokumentasikan dan ada sistem maklumatnya tersendiri. Maksudnya, kita ada uruskan sistem perfailan secara online, offline, soft copy dan hard copy. Haa bukan saja-saja kitorang duduk menghadap skrin komputer tau.


Penilaian dan kawalan risiko tempat kerja 

Pemeriksaan keselamatan berkala. Apa yang kena periksa? Contohnya peralatan dan akses memadam kebakaran, pemeriksaan jentera, persekitaran tempat kerja selamat atau tak, PPE yang digunakan berkesan atau tak, dan juga first aid kit mencukupi. Selain itu, penilaian HIRARC, ergonomik, bunyi bising (Noise Risk Assessment), bunyi bising persekitaran (Boundary Noise Monitoring), alat pelindung diri (PPE), kesihatan persekitaran seperti kawalan haiwan perosak, tempat pembiakan nyamuk, dan sanitasi tempat kerja untuk penyakit berjangkit seperti Covid-19. Jadi, kita kena pastikan tempat kerja selamat mengikut keperluan undang-undang.


Audit kesihatan dan keselamatan di tempat kerja

Bila kerja safety ni, takkan dapat lari daripada audit, sama ada audit dalaman mahupun luaran, ISO 18000, ISO 45000, dan lain-lain jenis ISO bergantung pada keperluan dan jenis tempat kerja.


Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja

Tengok tempat kerja kita, berapa ramai pekerja? Biasanya jika melebihi 40 orang pekerja, majikan wajib sediakan organisasi keselamatan dan kesihatan pekerja. Fungsinya, untuk mencapai keberkesanan keselamatan di tempat kerja. Organisasi ni memerlukan penglibatan antara majikan dengan pekerja. Jadi, kita sebagai safety ialah orang yang bertanggungjawab untuk handle dan conduct mesyuarat jawatankuasa. Selain itu, kena tubuhkan organisasi pasukan tindakbalas kecemasan (emergency response team).


Latihan

Safety department kena coordinate segala jenis training yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja. Contohnya, orientasi kepada pekerja baru (induction), keselamatan kebakaran (fire drill), asas CPR dan pertolongan cemas, pengurusan tumpahan bahan kimia (spill kit and chemical management), pengendalian forklift yang selamat (safe forklift handling), kerja di tempat tinggi (work at height), kerja di tempat sempit (confined space), environmental aspect impact, dan sebagainya mengikut keperluan apa yang ada di tempat kerja kita.


Pengurusan bahan kimia

Penggunaan dan kewujudan bahan kimia ni bergantung pada tempat kerja kita. Ada yang sikit, ada yang banyak. Kalau kilang tu besar, makin banyak la bahan kimia yang digunakan. Kalau ada gunakan bahan kimia, kena ada perlabelan amaran contohnya toksik, radiasi, letupan, mudah terbakar, iritasi pada kulit, berbahaya pada haiwan akuatik, dan macam-macam lagi. Setiap bahan kimia ni akan ada Helaian Data Keselamatan atau Safety Data Sheet (SDS). Dan bila melibatkan bahan kimia, kena buat Chemical Health Risk Assessment (CHRA) pulak. Pengurusan bahan kimia ni ada banyak tau.


Bahan buangan terjadual (Scheduled Waste Disposal)

Tahu tak maksudnya? Nak senang cakap, bahan buangan ni sampah, tapi bukan sampah biasa yang kita selalu buang tu. Kita tak boleh buang sesuka hati ke tapak pelupusan sampah, atau kat tepi jalan macam tu je. Sisa buangan ni ada yang mengandungi bahan kimia, atau berbahaya dan boleh bawa risiko kepada kesihatan dan persekitaran kita. Jadi, dia ada cara tertentu untuk dilupuskan secara selamat dan sistematik. Siapa yang berminat untuk mendalami profesion pengurusan bahan buangan terjadual ni boleh ambil kelayakan (competency).


Sistem effluent industri (Industrial Effluent System)

Apa maksud effluent? Effluent ialah air atau cecair buangan yang dihasilkan daripada industri. Kalau tadi kita ada sampah hasil dari pembuatan, yang ni kita ada air pula. Air ni pun sama, tak boleh sesuka hati disalurkan keluar ke longkang, parit, sungai, tasik, kolam, ataupun laut secara terus. Air yang kotor ni kena dirawat terlebih dahulu melalui proses yang ditetapkan secara sistematik baru boleh disalurkan keluar ke sistem pengairan dengan selamat.  Sebab apa kalau tak uruskan dengan betul? Nanti tercemar la sungai kita, lepastu air kotor. Jadi, kita di bahagian keselamatan dan kesihatan persekitaran pun antara person-in-charge yang kena handle isu ni. Profesion ni pun ada kelayakan (competency) yang kita boleh ambil.


Kualiti Udara

Kualiti udara ni ada dua. Mengikut Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), asap yang dikeluarkan melalui cerobong kilang perlu ada sistem kawalan pencemaran udara yang perlu diikuti untuk memastikan kilang mematuhi piawaian yang ditetapkan. Untuk kualiti udara dalaman pula, kena ada sistem pengaliran udara yang baik, tujuannya untuk pastikan tiada yang boleh menyebabkan masalah kesihatan. Jadi, kami sebagai safety and health pun kena pastikan pengudaraan selamat.


Keselamatan Makanan

Kalau kita bekerja di industri penghasilan makanan/minuman, skop kerja akan banyak deal dengan food safety management. Industri makanan dan minuman ni lagi banyak requirement dan risiko tinggi. Nak kena ada GMP, HACCP, sijil halal dan sebagainya. Nampak macam best bila bekerja dengan makanan, tapi banyak requirement kena ikut. Kenapa? Silap sikit pun boleh menyebabkan kontaminasi dan membahayakan orang yang makan makanan tersebut.


Undang-undang dan peraturan

Bila kita bekerja dalam bidang keselamatan dan kesihatan persekitaran, kita akan banyak ‘bermain’ dengan Undang-Undang Malaysia dan peraturan berkaitan. Contohnya Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Akta Kualiti Alam Sekeliling, dan Akta Kilang & Jentera. Dalam masa yang sama Akta Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Uniform Building By-Laws) dan Akta Bomba juga secara tak langsung terlibat. Akta Petroleum pula digunapakai untuk industri petroleum. Akta Makanan untuk yang deal with industri makanan la. Di bawah akta-akta ni, ada banyak lagi peraturan dan garis panduan untuk dirujuk. So, bukan senang ye tugas sebagai safety and health ni. 


Sebenarnya, boleh dikatakan skop kerja sebagai safety and health ni adalah orang pertahanan di barisan pertama atau first line defense di tempat kerja. Bukan setakat tentera, doktor, jururawat, tapi kami pun sama. Tanpa safety and health, tempat kerja tidak akan selamat, dan juga kesihatan pekerja tak terjamin. Senang cakap, fungsi atau peranan kami sebagai safety ialah menasihati majikan untuk menyediakan tempat kerja yang selamat. 

So, dah boleh faham? Tak sama kan dengan skop kerja security yang jaga pintu gate? Hehe, setiap jawatan ada peranannya masing-masing. Setiap tugas ada fungsi kepentingannya dalam organisasi. So, hargailah peranan orang sekeliling di tempat kerja kita. Kita sama-sama hidup di muka bumi ni. Jagalah alam sekitar. 5 Jun 2022 nanti ialah Hari Alam Sekitar peringkat dunia. Hargailah alam sekitar untuk masa depan kita.

Okeylah, terima kasih yang selalu bertanya dan semua yang membaca post kali ni. InshaAllah nanti kita cerita lagi akan datang.

Assalamualaikum!