26 February, 2022

Peluang Pekerjaan Sebagai OSH Practitioner

 


Bismillahirrahmanirrahim

    Assalamualaikum w.b.t! Sebelum ni, Iza dah share serba sedikit tentang study plan, pengalaman, dan perkongsian sepanjang bergelar pelajar EHS (Environmental, Health and Safety) UiTM Puncak Alam. Ramai juga yang curious, sebenarnya nanti dah graduate, kita akan kerja kat mana sebenarnya? Apa peluang pekerjaan yang ada? Macam mana dengan hala tuju bidang ni? Perempuan pun boleh ke masuk bidang safety ni? Macam-macam la persoalan yang Iza dapat. Okay, post kali ni marilah kita explore pekerjaan yang boleh kita masuk bila kita ceburi bidang SAFETY atau dipanggil OSH.

    Sebenarnya status fresh grad pun boleh diterima bekerja sebagai Junior EHS Executive. Tak semua perlu ada competency (kelayakan) atau Green Book. Green Book ni dah kira level advanced, selalunya dalam higher risk industry. Minimum graduate diploma atau degree dalam bidang safety pun boleh diterima majikan untuk bekerja. Ada juga fresh grad yang dari course lain pun boleh masuk safety, tapi kena related la contohnya kalau korang basic dari engineering course pun boleh masuk safety.

  • Nota: EHS/HSE/SHE/OSH ni membawa maksud yang sama je: 
E - Environmental
H - Health
S - Safety
OSH - Occupational, Safety & Health

Secara amnya, EHS ni terbahagi kepada 3 cabang:

  1. Occupational HSE
  2. Technical/Risk & Reliability Engineering
  3. Environmental Science


Ini pula adalah contoh peluang pekerjaan yang asas sebagai EHS practitioner:

 

Dalam industri (kilang/plant/pembuatan/operasi, off-shore):

  1. EHS/HSE/SHE Executive
  2. EHS/HSE Engineer

Jawatan ni biasa kita nampak dalam carta organisasi industri. Fungsi tugas adalah sebagai kumpulan sokongan pentadbiran dalam industri.

Dalam organisasi kerajaan (enforcement):

  1. Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) - Jawatan ni biasanya ada dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), atau Majlis Bandaraya/Perbandaran.
  2. Pegawai Kesihatan & Keselamatan Persekitaran (SHO Officer) -  Peranan tugas lebih kepada penguatkuasaan di bawah Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP/DOSH). 

Dalam industri (pembinaan)

  1. Environmental Officer
  2. Safety Site Supervisor (SSS) - Yellow Book required

Tugas mereka ni akan deal dengan pelbagai projek pembinaan & pembangunan yang berkaitan dengan persekitaran.

 


Sebenarnya ada banyak lagi skop kerja yang tak ramai orang tahu! Senarai di bawah ni pun antara contoh tugas penting dalam bidang safety mengikut bahagian. Requirement untuk setiap tugas ni bergantung pada banyak jenis competency dan study background.


Bahagian Industri

  1. EHS Manager
  2. CIMAH Competent Person

Bahagian Pengurusan Kimia

  1. Pengapit
  2. Penaksir Kualiti Udara Dalaman
  3. Juruteknik Higien 

Bahagian Keselamatan Industri

  1. Pegawai Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran (SHO Officer) - Green Book required
  2. Orang Yang Kompeten Lif
  3. Orang Yang Bertanggungjawab
  4. Penyelia Keselamatan Tapak Bina/Safety Site Supervisor (SSS) - Yellow Book required
  5. Scaffolding Trainer

Bahagian Industri Kecil Sederhana & Sektor Bukan Kilang

  1. OSH-Coordinator (Trained Person)
  2. Tenaga Pengajar OSH-Coordinator
  3. Syarikat Perunding (Consultant Company)

Bahagian Kesihatan Pekerjaan

  1. Doktor Kesihatan Pekerjaan (medical background)

Bahagian Pendidikan (universiti/kolej)

  1. Pensyarah
  2. Researcher/penyelidik, scientist
  3. Staff sokongan jabatan
  4. Clinical instructor (makmal)

Bahagian Higien Industri & Ergonomik

  1. Penguji Gas Bertauliah/Penyelia Kemasukan
  2. Penaksir Risiko Bising
  3. Juruteknik Higien
  4. Ergonomic Trained Person (Initial Era) – Recognized Person
  5. Ergonomic Trained Person (Advanced Era) – Recognized Person

Bahagian Keselamatan Petroleum

  1. Orang Yang Kompeten Major Hazard

 

    Sekejap! Tapi saya perempuan, boleh ke masuk safety? Hmmm. Tengok la classmate Izaa ramai sangat perempuan. Jawapannya, tak ada masalah pun untuk ambil sebarang competency. Sekarang, makin ramai perempuan dah mula menceburi bidang safety. Competent person pun ada daripada golongan wanita. Tak ada isu sebarang diskriminasi jantina. Buktikan yang kaum Hawa pun boleh.



    Dah baca? Dah nampak gambarannya? So, start dari zaman kuliah, korang dah boleh fokus apa yang korang impikan. Contoh paling simple, kalau korang berminat dengan off-shore, so start dari internship korang kena la dapatkan praktikal kat off-shore, jadi mungkin lepas tu peluang nak apply kerja kat off-shore lebih tinggi, sebab kita dah ada pengalaman intern. Kalau berminat dengan industri pembuatan, boleh fokuskan ke arah industri pembuatan la.

    Start dari zaman universiti dah boleh mula langkah kecil. Iza cadangkan korang dah boleh start join mana-mana basic kursus safety. Tak perlu yang gah sampai perlu bayar beratus ringgit. Paling mudah, cari je kat LinkedIn. Follow mana-mana consultant company yang beri training course. Biasanya untuk student ada pakej harga murah atau percuma sahaja. Sekarang ni sebab pandemic lebih banyak online training. Join je, dan ini boleh dijadikan sebagai added-value dalam korang punya resume/CV waktu apply internship/kerja. Bila dah ada basic, InshaAllah lebih senang nak further in the future.


    Masih blurr tak pasti dengan hala tuju? Tak apa. Slowly belajar dari bawah. Walau kat mana-mana pun industri kita masuk, kita akan jumpa dengan ramai orang, kita akan belajar banyak benda baru, kita akan dapat pengalaman. Dari situ la kita akan dapat nampak kita punya career development. So, boleh decide our own pathway.

    Baik, itu sahaja perkongsian kali ni. Nak cerita lebih-lebih pun Izaa baru fasa bermula dari bawah. Izaa just share apa yang Izaa tahu. Doakan career Izaa dalam safety ni ya. Izaa pun doakan korang juga yang sudi singgah ke sini. Terima kasih, assalamualaikum!