Bismillahirrahmanirrahim
Pagi itu Khamis, jam pada paparan skrin telefon pintar menunjukkan tepat 5.30 a.m. Macam biasa, Iza sedar daripada tidur sebab deringan jam penggera. Ketukan drum menandakan lagu 'XPDC – Semangat Yang Hilang' diputarkan menjadi permulaan hari untuk Iza bangkit dari katil. Lagu tema hidup yang menjadikan permulaan hari dengan penuh semangat ✊
Bila buka mata, rasa macam pening kepala sikit, tapi Iza tak syak apa-apa lagi. Sambung lelap lagilah sampai la ke jam 6 pagi. Lepas tu, pukul 6 pagi tu bila cuba nak bangun dari tidur, rasa pening sangat, rasa nak muntah pun ada, disusuli rasa cramp pada perut, otot kejang pada kaki & tangan, tak boleh bangun! Alamak! Ini mesti seizure attack masa tidur tapi tak ada orang nampak! Tak ada saksi kejadian, tapi kita tahu badan kita tak okay sebab rasa sakit tu sama je setiap kali waktu lepas serangan sawan. Macam mana ni? Ini kali ke 3 jadi sejak mula bekerja & tinggal jauh dari family.
Tak apa la, tengok la dulu nanti jam 7 lebih kalau dah boleh bangun, Iza nak pergi kerja jugak walaupun naik Grab Car je. Tengok tu, badan tak sihat pun sebolehnya nak juga datang kerja, tak nak MC. Tapi, masa jam 8 pagi tu, macam selalu, badan tetap rasa tak kuat bila lepas seizure. Kalau datang office pun, nanti Iza cuma rasa nak baring je sepanjang hari, tak boleh buat kerja-kerja hakiki. Tak ada function juga kalau datang kerja. Nampak gayanya, terpaksa ambil leave hari ini.
Kalau tak datang kerja kita mesti nak kena inform pada pihak management. Jadi, Iza pun terus Whats App kat HR & Manager, inform yang Iza unwell hari ni tak dapat datang kerja. HR bagi respond "okay". Boss pula tanya, "Are you okay?" Sebab tiba-tiba tak sihat, macam pelik kan? Iza cuma jawab pening kepala, rasa nak muntah. Iza tak cakap pun baru lepas seizure attack, sebab tak ada sesiapa pun yang tahu Iza punya status kesihatan.
Boss kata kalau teruk sangat sakit, pergi jumpa doktor. Kalau perlu bantuan dia, bagi location, dia nak tolong hantarkan ke klinik. Lagipun dia sedia maklum, Iza cuma naik motor je, jadi dia concern pasal keselamatan Iza nak ride dalam keadaan tak sihat ni, ditambah lagi jalan raya kat kawasan bandaraya ni. Iza pun tak tahu nak buat apa masa tu, orang dah offer nak tolong, takkan nak tolak? Lagipun memang perlu bantuan orang. Housemate semua tak tahu status kesihatan Iza & diorang semua dah pergi kerja waktu pagi tu. Tak apa, cuba bangun pergi tandas, mujur masih kuat nak bangun dan melangkah walaupun pening sangat.
Jadi, dia pun datang ambil Iza dan hantarkan ke klinik swasta yang terdekat. Sepanjang perjalanan kat dalam kereta, Iza tak tahu nak cakap apa kat dia. Pening kepala, nak muntah, tapi sebab apa? Nak bagitahu terus ke, atau hold dulu? Takkan nak tipu dia pulak? Nak bagi alasan sakit sebab gastrik? Nanti dia confirm tuduh sakit ni sebab Iza tak makan. Kena marah pulak nanti. Dah jadi benda lain pulak nanti. Masa tu tawakkal je la dulu apa yang akan berlaku.
Sesampainya di klinik, kat kaunter pendaftaran Iza cakap nak jumpa doktor sebab pening. Iza tak cakap pun baru lepas kena sawan. Lepas tu masuk bilik doktor, Iza masuk seorang je untuk consultation & rawatan. Boss duduk tunggu kat luar klinik je. Depan doktor, Iza cerita hal sebenar yang berlaku. Pagi tadi bangun tidur rasa ada symptom, claimed rasa seizure attack and so on. Walaupun contoh kalau seizure fit sebab Iza tak makan ubat & akan ada risiko kena marah dengan doktor, Iza tetap akan cerita hal sebenar. Sebab, doktor mesti tahu kita ni menipu atau tak, jadi, jujur je la.
Tapi kes Iza ni lain. Iza tak ada missed ubat pun semalam. 2-3 hari lepas pun tak ada tinggal ubat. Nak kata stress bekerja, tak pun. So far, kat company baru ni ok je. Iza jarang missed ubat-ubatan sejak bekerja ni, demi kesihatan Iza sebab Iza memang semangat nak berdikari dan bila jauh dari family kena la pandai jaga kesihatan & jaga diri. Iza pun tunjuk ubat Epilim 200 mg yang Iza ambil tiap hari serta buku rekod rawatan dari klinik kesihatan. Rasanya seizure fit waktu tidur tadi ada 2 sebab: Semalam ada kena cuaca panas waktu tengahari keluar pergi lunch & juga tak cukup dos ubat je. Sebelum ni dah request kat doktor untuk naikkan dos ubat. Dan dah buat ujian darah. Keputusannya memang below therapeutic range, tapi Iza tak faham pun result blood test tu. Masa tu doktor cakap tak perlu naikkan dos ubat, so Iza pun turutkan je untuk makan ubat dengan dos lama. So, Iza cerita la perkara ni kat doktor kat klinik swasta tu. Dan respond doktor tu memang sepatutnya Iza kena ambil ubat dengan dos ubat yang lebih tinggi untuk kawal seizure.
Doktor cakap tak apa, dia tolong buatkan referral letter untuk naikkan dos ubat yang baru. Nanti Iza kena pergi ke kinik kesihatan untuk minta doktor naikkan dos ubat. Haaa satu lagi masalah timbul! Iza bagitahu doktor, sebenarnya company tak tahu keadaan Iza macam ni. Pergi kerja naik motor, hari-hari makan ubat, tapi boss/manager tak tahu, sebab Iza tak berani nak bagitahu. Iza takut nak berhadapan stigma orang sekeliling, risiko kena buang kerja, people downgrade keupayaan kami, selalu kena reject bila apply job, dan macam-macam lagi. Iza cakap ni pun pergi ke klinik tadi boss yang tolong hantarkan, tapi Iza tak bagitahu keadaan sebenar.
Doktor cakap, sepatutnya Iza kena bagitahu. Kalau apa-apa jadi kat Iza, at least diorang tahu keadaan Iza. Masa doktor cakap macam tu, Iza dah nangis dulu sebab takut sangat. Ye la budak cengeng memang macam ni kuat nangis kan... Doktor kata, "Jangan takut. Ramai je pesakit epilepsi boleh bekerja, macam-macam orang yang ada epilepsi boleh bekerja, malahan ada juga doktor yang ada epilepsi, awak sendiri pun boleh bekerja. Jangan risau."
Betul la apa doktor cakap tapi bukan senang nak cerita keadaan diri kita. Doktor kata dia tak paksa untuk Iza bagitahu hal sebenar, tapi seeloknya beritahu company. Lepastu dia tanya, boss ada kat luar ke? Nak tak doktor tolong explain pada boss? Mungkin kalau doktor yang beritahu, boss lebih senang faham compare to Iza sendiri yang beritahu. Bila doktor suggest macam tu, nak tak nak, Iza fikir, lebih baik beritahu je la walaupun ada macam-macam risiko, respond, atau paling tidak pun kena marah. Lagipun Iza tengok boss tu macam okay dan boleh toleransi, so Iza decide, ini la masanya yang sesuai nak beritahu boss.
Keluar dari bilik doktor, Iza panggil dia & cakap nak beritahu sesuatu. Dia curious la, nak beritahu apa? Iza kata nanti saya beritahu tapi tunggu doktor panggil dulu & boss kena ikut masuk sekali. Dia risau ada kena buat x-ray ke? Iza cakap bukan. Dia dah fikir perkara lain. Teruk sangat ke sakit? Effect kerja berat ke sampai doktor nak jumpa dia nak explain pasal sakit ni? Iza cakap bukan. Masa tunggu doktor panggil semula tu Ya Allah nervousnya nak kena panggil lagi ni, macam mana la reaksi dia kalau dia tahu nanti.
So, bila doktor panggil, doktor pun explain la keadaan Iza daripada segi medical history, current dosage medication, keupayaan diri, and so on. Pesakit sawan ni ada yang boleh atau tak boleh bekerja. Yang tak boleh bekerja tu kalau dia tak makan ubat atau setiap hari kena serangan sawan. Kalau untuk Iza, Iza tak ada masalah dan masih boleh bekerja sebab ubat masih boleh kawal serangan, cuma doktor suggest untuk tambah dos ubat untuk kawalan serangan yang lebih baik.
Dan boss pun beri respond yang sangat baik dan boleh terima. Katanya, benda ni bukan kita nak. Dia kata tak apa, as long the medication can control, it doesn’t matter. Cuma kalau Iza tak beritahu kes ni, dan sampai satu masa Iza pengsan kat sebelah mesin, dan dia pula tak tahu, sebab kenapa sampai boleh jadi macam tu, macam mana? Apa patut dia jawab dengan mak ayah Iza nanti? Sekarang dia dah tahu, in case Iza pengsan kat tepi mesin, dia dah tahu macam mana nak handle & dia dah sedia maklum dengan kekurangan Iza. Itu semua boleh diurus. Untuk elak kejadian tak elok berlaku, dia tak beri kebenaran Iza buat kerja-kerja high risk. Kalau nak round buat inspection, kena ada orang ikut belakang Iza, sekurang-kurangnya kalau apa-apa berlaku ada orang boleh tolong pantau. Dia pun persoal kalau masa Iza travel seorang diri & pengsan, macam mana? Iza jawab, Iza ada buat medical alert & memo: contact person (family) untuk dihubungi kalau berlaku kecemasan.
Boss kata, jangan fikir semua orang akan ada tanggapan buruk yang sama. Kenapa kalau Iza beritahu hal ni, Iza akan ada rasa lost confident dengan keupayaan diri? Iza mengaku memang iya. Dia cakap jangan risau. Masih ada insan yang akan faham dengan keadaan kita. Mungkin, Iza je yang masih belum jumpa dengan insan yang baik hati. Tak semua orang hati keras. Doktor pula cakap kat Iza sepatutnya Iza happy ada manager yang baik macam ni. Dan doktor pun ucap terima kasih pada boss sebab faham & terima kekurangan Iza. Alhamdulillah, tak tergambar perasaan bersyukurnya masa tu.
Lepas tu boss tolong hantarkan Iza ke klinik kesihatan untuk jumpa doktor untuk minta naikkan dos ubat. Dan doktor setkan temujanji pada hari Isnin untuk buat persampelan darah, Total Drug Monitoring: TDM test untuk pantau kandungan ubat Valproic Acid dalam darah sama ada sesuai atau tak untuk dos ubat baru. Maka, Isnin tu terpaksa la serah diri kena cucuk dengan jarum. Hmm sakit 😩 Iza pun dah start kena makan ubat double dosage: Epilim (Sodium Valproate) 400mg la sekarang. Harapnya result blood test kali ni pass dan boleh kawal seizure dengan lebih baik.
Lepas kejadian tu, ada kena bebel juga la dengan boss selama beberapa hari. Ber-episod juga la dia berleter. Salah Iza juga la tak beritahu hal ni kat dia awal-awal, tapi dia pun faham situasi Iza sebab Iza kerap sangat berdepan diskriminasi. Dan Iza pun baru tahu, ada seorang operator mesin pun ada masalah seizure yang sama macam Iza. Boss pada asalnya tak tahu masalah tu, bila terjadinya kes operator tu pengsan kat sebelah mesin, barulah kantoi. Dan dia harap kejadian tu tak akan berulang lagi pada Iza. Kalau pihak management dah tahu, at least kita sama-sama boleh manage isu ni. Macam kes Iza, tak ada masalah pun nak bekerja. Yang penting, Iza kena jujur. Iza pun minta maaf sekali kat dia sebab tak jujur. Sebenarnya Iza nak inform hal ni, cuma belum sampai masanya nak beritahu, Iza tak confident lagi nak cerita, sebab biasanya Iza take time dulu, Iza observe orang tu dulu macam mana, kalau orang tu nampak okay, kita pun dah rapat, baru berani beritahu kisah sebenar 😓
Tapi walau apa pun bersyukur sangat, Alhamdulillah, kali ini penerimaan yang baik. Mungkin berkat doa emak kita juga yang sentiasa doakan yang terbaik untuk hidup kita. Umpama hilang satu beban pada bahu. Hati lega bila dah beritahu semuanya. Iza pun beritahu semua seizure triggers, body limitation, apa yang boleh, apa yang tak boleh, kena kawal stress, kena cukup rehat/tidur, tak tahan cuaca panas sangat, semualah. Dan boss pun cakap kalau perlu rehat, rasa tak sihat, tak boleh handle kerja, rasa stress dengan kerja, inform je. Jangan paksa diri untuk kerja. Kalau rasa badan tak okay, jangan drive. Baiklah, Iza pegang nasihat beliau ðŸ˜
Tengahari tu, baru rasa lidah ada kesan tergigit sikit. Aaa thanks to my braces! Gigi dah align sikit so tak teruk sangat lidah tergigit. Kalau tak, biasanya gigi taring ni rajin mencangkul lidah sampai berdarah pedih, lepas tu ambil masa seminggu nak elok. Kali ni mujur tergigit sikit je & boleh makan/minum macam biasa.
So, now ada juga beberapa staff lain yang dah sedia maklum dengan keadaan Iza. Mula-mula Iza macam malu juga la bila dah kantoi ni, tapi Iza cuba deal with my confidence level.
Boss pesan, "The more people know about your health condition, the more chance you will be helped by others". Betul tu apa dia cakap.
"Tahu Emergency Response Team (salah satu elemen dalam OSH Management) kan? Kenapa dalam satu ERT team mesti kena minima 2 orang, tak boleh seorang je?" Dia bagi soalan cepumas.
Iza jawab, "Supaya kita boleh buat back-up plan, kalau seorang terjadi apa-apa, seorang lagi boleh contact atau dapatkan bantuan yang lain......"
"Tahu pun! Kata kerja safety, tapi tak boleh apply (practice) kat diri sendiri?" Pergh se-das jawapan tu. Memang padu tepat menusuk. Kita yang dengar ni tunduk, diam je la sambil pandang muka dia. Dia bukan nak marah kita, cuma nasihat.
"Whatever it takes, jangan anggap bila orang dah tahu dengan you punya condition, people will look down to you. Semua ada kelebihan masing-masing. Kita semua tak perfect. Even when you are with normal people, you pun kelihatan normal, tak ada perbezaan pun. Just show you pun boleh buat macam orang lain". Serius, memang bersungguh dia bagi motivasi supaya Iza tak rasa down. Ambil iktibar, dengar nasihat, terima teguran, hadam & pegang kata-kata dia. So, Iza nak cuba ubah apa yang Iza rasa pada diri sendiri. Walaupun dah cuba macam-macam perkara, main muzik, nak tingkatkan keyakinan diri, tapi nampaknya Iza kena usaha lebih lagi, masih belum cukup, tak boleh putus asa.
Jadi, itulah kisahnya Iza kantoi juga dengan boss. Apa pun, Tuhan sebaik-baik perancang. Moga kebaikan dibalas dengan kebaikan. Terima kasih semua yang menerima kekurangan diri, selalu bagi support, masih sudi menjadi sebahagian hidup Iza. Iza hargai kehadiran korang. Teruskan bersemangat! Akan datang Iza update lagi Blogger pink ni. Bye Assalamualaikum! 💜