19 September, 2021

Semester 8 (Latihan Industri) Sarjana Muda Kesihatan & Keselamatan Persekitaran (Kepujian) UiTM Puncak Alam

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum! Lamanya tak update Blogger! Busy dengan FYP & praktikal. Praktikal ni dah macam bekerja rasanya dia punya penat, but worth it! Haa ini la Iza nak cerita, pengalaman Latihan Industri bagi Semester 8 Sarjana Muda Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran (EHS), UiTM Selangor, kampus Puncak Alam.

Tak perlu formal sangat laa eh. Roughly, latihan industri dalam semester 8 ni lebih kepada safety dalam industri. Tujuannya untuk mendedahkan pelajar dengan suasana bekerja dan mengaplikasi segala ilmu pengetahuan yang kita dah study sepanjang lecture selama 7 semester. Eh, semester 5 ada praktikal juga tapi lebih pada environmental health, so kiranya lecture selama 6 semester (3 tahun) je la.

Previously, Iza menjalani latihan industri sebagai EHS Trainee di ST Microelectronics Sdn. Bhd., Muar, Johor. Basically, company ni terletak di dalam kawasan perindustrian daerah Tangkak, tapi sempadan bersebelahan dengan Sungai Muar je, so dia masih dikira dalam area Muar. Daripada sebelum naik atas jambatan Muar, dah boleh nampak besar signboard kilang ni.

Kilang ni buat apa eh? Okay, kilang ni adalah company semi-conductor, back-end manufacturing. Kilang ni senang cakap buat benda kecik-kecik macam mikrocip saiz ala-ala sim kad yang selalu kita boleh jumpa dalam semua teknologi yang kita gunakan dalam kehidupan seharian. Contohnya dalam telefon pintar, komputer, kereta, robot, dan banyak lagi. Kilang ni luas tau! Dalam satu blok untuk line production je pun dah besar. Pekerjanya pun beribu orang, dan semestinya diorang punya OSH management system pun very well establish.


ST Microelectronics Sdn. Bhd.

First day intern, datang setengah jam lebih awal. Semangat!!! Pergi kat guardhouse, cakap kat security kita ni first day intern. Lepastu register dulu as temporary access sebelum dapat access card sendiri. Then, tunggu kat waiting room. HR personnel guide kita ke office diorang untuk briefing, isi borang, dan bagi document yang diorang dah mention kena bawa.


Access card

Nak dijadikan cerita, department tengah ada meeting audit untuk minggu tu. So diorang ni busy la sikit, kat office tak ada staff yang boleh bawa Iza masuk office. Jadi HR bawa Iza ke bilik meeting, tapi dah masuk waktu lunch. Makanya, HR temankan Iza pergi makan kat kantin. Fuhh, jauh kantin dia! Haha masa mula-mula la rasa kekok dengan selok-belok kilang tu. Takutnya kalau sesat. So kat kantin tu la Iza first time jumpa supervisor/manager masa tengah makan. So, lambai-lambai sengih je la sebab semua tengah lunch. Hahaha mula-mula expect nak jumpa semua staff kat office, ada sesi perkenalan secara formal, rupanya lain yang berlaku. Lucunya bila dikenang.

Habis lunch, terus masuk bilik meeting tu. Kat situ la baru berkenalan sikit-sikit. Duduk dengan diorang, segannya rasa, kita tak ada pengalaman. Tugas Iza cuma perlu observe macam mana audit dijalankan je. Seminggu tau audit ni dibuat. Nervous tengok diorang. First time tengok audit. Terus terbayang, satu hari nanti aku pula jadi macam kakak-kakak ni. Fuhh! Second week intern tu la baru masuk office dan dapat duduk kat meja sendiri. And then, semua new hires kena masuk induction training program selama 2 hari. Induction ni ala-ala macam orientasi untuk pengenalan tentang company.

Iza buat internship ni selama 6 bulan, bermula pada 2 Mac hingga 31 Ogos 2021. Kalau ikut requirement universiti, minima 3 bulan je untuk pelajar wajib menjalani latihan industri. But since supervisor proposed untuk intern selama 6 bulan, Iza pun setuju! So, Iza ambil peluang ni dan anggap sebagai bonus untuk cari pengalaman. Serius cakap, rasa macam tak puas walaupun 6 bulan, rasa macam belum dapat merasa semua benda. Ni pun sebab pandemic Covid 19, so banyak la benda yang tertangguh & tak dapat nak buat kat kilang.

Tak terkecuali dapat vaksin melalui program PIKAS

Ni senarai basic aktiviti yang Iza buat masa jadi EHS trainee:

  1. Join workplace inspection routine
  2. Observe audit – ISO 45001 & ISO 14001
  3. Support department improvement project
  4. Support schedule waste management
  5. Covid-19 compliance management & reporting
  6. Involve in sanitization & disinfection activity
  7. Support management activities

Banyak sangat la nak cerita sebenarnya. Sorry ye, tak dapat up banyak gambar sebab ikutkan polisi company, tak boleh ambil gambar dalam plant sebenarnya. Ada sticker untuk kebenaran ambil gambar tapi tak boleh sesuka hati upload dalam media sosial.

Sebelum tamat, semua trainee kena buat presentation tentang improvement project yang kita dah buat dalam membantu department dan company. So, kita kena present dengan GM dan HR bersama-sama dengan trainee yang lain. Untuk penilaian universiti pula, fakulti ada provide log book untuk kita lengkapkan segala task dan juga pembentangan poster. Tapi, disebabkan online distance learning ni, kitorang kena submit semua report praktikal & FYP dan pembentangan secara online je, kalau ikutkan kena present guna poster kat fakulti ramai-ramai.

Tamat sesi pembentangan

Terima kasih semua staff department EHS, syukur Alhamdulillah semua sangat supportive beri tunjuk ajar. Diorang tak kedekut share ilmu & pengalaman. Tak ada masalah dari segi perbezaan gender, bangsa, ataupun agama. Iza rasa seronok dapat bekerja dengan Malay, Chinese, senior, ataupun yang muda. Ada kakak-kakak & manager yang banyak bagi tips & nasihat. Daripada first day masuk company rasa malu-malu je, Iza terus join diorang masuk audit! Hahaha pengalaman yang tak boleh lupa tau. Nampak flow macam mana audit dijalankan. Then, support EHS Engineer & EHS Officer buat improvement project. Hinggalah sampai last day intern, Iza dah ada keyakinan diri & rasa dapat improve myself kalau nak dibandingkan dengan masa first day jejak dalam kilang with zero experience.

Tempoh praktikal ni dapat buka mata kita dengan lebih luas tentang skop kerja bila kita dah masuk alam pekerjaan nanti. Masa ni juga la kita nampak pathway dan career flow untuk kita punya perancangan kerjaya. Kesimpulannya, matlamat & objektif menjalani latihan industri dah pun berjaya dicapai. So, move to the next step, job hunting phase! Doakan Iza yang baik-baik! Assalamualaikum! 😊

EHS Department