Bismillahirrahmanirrahim.
Kredit gambar: UiTM
10 Julai 2021 – Tular, pelajar
IPT digemparkan dengan berita 2 orang pelajar UiTM, salah seorang dari kampus
cawangan Kedah & salah seorang dari kampus Pahang, meninggal dunia. Setiap
kali berita duka terjadi kepada warga UiTM, kami pun terasa, walaupun kami
bukan classmate, ataupun bukan rakan sesama kursus, tidak berkongsi fakulti,
mahupun berlainan kampus, malahan langsung tak mengenali sesama sendiri. Sebab kitorang
dah ada rasa kesatuan dalam universiti ni.
Tapi, berita kali ni betul-betul
buat kami terkesan. Ini yang aku nak share la. Khabarnya, diorang meninggal
disebabkan pembuluh darah di otak pecah. Puncanya inilah yang kami sebagai
pelajar cuba highlight. Tak cukup tidur & terlampau stress. Penyumbang
faktor ni ialah cabaran Online Distance Learning (ODL). Aku sendiri dah merasa susah payah ODL
sepanjang tempoh setahun ni.
2021 ialah tahun kedua kami
menggunakan platform ODL untuk meneruskan pengajian disebabkan kekangan face-to-face
di kampus. Aku salah seorang antara beratus ribu student yang berhadapan dengan
cabaran ODL ni. Sejak dari semester 6, sampailah ke semester 7, sekarang aku
praktikal dalam semester 8. Final year sepatutnya lebih banyak moment unilife
dengan kawan-kawan & lecturer, tapi sayangnya tak dapat merasa balik ke
kampus/kolej disebabkan pandemik Covid-19 yang entah bila nak berakhir.
Sekarang ni aku belum habis
praktikal. Tengah intern ni, tapi bukan setakat intern sahaja, gigih jugak siapkan
Final Year Project (FYP). Report praktikal jangan lupa hantar. Tiap hari, check
kalendar lagi berapa hari due date deadline. Belum kira job load kat office
bertimbun. Dengan penatnya bekerja sambil belajar. Buat 2 benda dalam masa yang
sama, badan penat tak ada siapa yang tahu. Sebenarnya aku pun dah start risau
dengan diri aku. Aku kerap fikir, esok lusa bila aku dah bekerja, mampu ke
badan aku bertahan? Dengan keadaan kesihatan aku yang tak menentu. Life
depending medication memang perit. Tambahan kau seorang pesakit epilepsi. Kau tak boleh terlampau letih, atau tak cukup rehat. Semua ni boleh datangkan sawan.
2 minggu lepas. Aku berhadapan
dengan mild depression & anxiety. Aku burnout. Bila dah lama sangat stress
kita pendam, terus sampai kemuncak, sampai masanya, all out. Sebelum ni aku
kerap nangis senyap-senyap dalam office, tapi masih boleh kawal. Kali ni, aku
all out menangis. Non-stop cry selama 2 hari. Aku sedar yang diri aku stress.
Dan aku risau dengan diri aku, sebab stress boleh jadi seizure triggers. So aku
decide ke klinik nak ambik MC. Tapi kat klinik pun aku gagal kawal emosi.
Berjurai-jurai air mata sepanjang kat klinik, baik dari start register buku
klinik, tunggu nombor giliran, sampai la duduk depan doktor. Aku terlampau
emosi. Aku share apa yang aku alami. Doktor suruh aku jawab soalan mengenai
skala stress.
Kenapa aku tak beritahu family? Sebab masa tak sesuai. Ikutkan hati nak je call Mama. Tapi aku tak nak susahkan Mama kat kampung. Dah sebulan setengah aku tak balik jumpa parents. Aku tak nak call emak dalam keadaan aku macam ni. Sebab tu masa tu aku decide ke klinik je. Tapi last-last aku beritahu juga family lepas stop menangis, sebab emosi baru stabil baru la boleh bercerita. Syukur orang sekeliling & doktor kat klinik pun sudi dengar luahan aku. Dia cakap tak apa, nak menangis its okay asalkan hati kita lega. Dia pun faham apa aku alami. Doktor diagnos aku alami mild depression. Dia arrange aku untuk buat blood test & jumpa kaunselor untuk rawatan lanjut.
Ni apa yang aku alami sepanjang aku bergelut dengan depression, burn out & anxiety:
- Terlampau penat, badan seolah-olah kehabisan tenaga. Rasa cepat letih. Seolah-olah badan tak cukup rehat. Memang kebelakangan ni aku tak cukup tidur. Waktu tidur tak teratur. Kerap stay up demi FYP.
- Stress & pressure tak terkawal. Aku rasa pressure dengan duedate kerja yang perlu dihantar. Bukan aku seorang, semua student memang rasa, tambahan sekarang tengah hujung semester, deadline semua dekat-dekat.
- Mudah menangis. Tak tahan tanggung stress, menangis je buat aku lega. Ada problem kecik je pun aku asyik ‘touching’.
- Tak dapat kawal emosi. Aku kerap melenting, asyik nak marah, cepat rasa geram. Kadang-kadang jadi terlampau sensitive dengan hal sekecil kuman. Orang sekeliling yang jadi mangsa. Maaf, kadang aku tak berniat pun. Cuma aku yang gagal kawal emosi.
- Tak boleh fokus dengan kerja/aktiviti rutin. Fikiran tak tenteram, rutin harian terganggu, prestasi kerja pun tergendala.
- Overthinking. Aku terlampau risau dengan diri sendiri, masa depan aku, & perkara yang belum tentu berlaku.
- Rasa down & give up dengan diri sendiri. Aku kecewa dengan diri aku. Aku rasa aku tak boleh buat semua benda, even small task pun aku tak boleh. Aku selalu tak boleh selesaikan masalah yang aku hadapi.
- Cenderung nak buat perkara untuk cederakan diri. Aku bergantung dengan ubat. Bila depressed, aku mula cenderung untuk tak nak makan ubat. Sebab aku rasa dah tak ada apa nak diharapkan.
- Tak ada motivasi. Aku tak ada rasa positif dalam diri. Aku tak ada semangat langsung. Lagu Semangat Yang Hilang yang biasa jadi siulan aku pun tak membantu beri semangat. Bila aku dengar lagu tu, aku jadi makin sebak.
Satu lagi isu, ramai yang anggap
student zaman sekarang ‘manja’. Maka adalah desas-desus mengata student ni tak
reti manage masa, buat kerja bertangguh, malas. Netizen pun bukan main kritik. Bila
viral student cuba highlightkan isu ni, nak salahkan kami pulak. Katanya student
banyak main tik tok, twitter, facebook, Instagram, atau social media. Assignment
tak buat. Korang expect student ni 24 jam study, nak hadap buku ke? Kita nak juga
hiburan, release stress. Time PKP ni kita bukannya dapat keluar rumah
senang-senang macam sebelum pandemik ni. Tak dapat jalan-jalan pun bikin otak
stress. Tak sama macam dulu masa stay kat kolej, hujung minggu outing pergi
shopping mall, lepak kat McD, keluar pergi pasar malam pun dah cukup happy. Nak
samakan dengan situasi sekarang? Nak ke taman rekreasi pun ditutup.
Everyone had their own struggle.
Belajar atas talian bukan sama atau mudah macam belajar face-to-face. Masalah
internet boleh jadi drag problem lain, tak dapat join class completely, asyik
keluar masuk sebab line lambat, tak faham lecture, bila line slow makanya jadi
lambat nak siapkan kerja/buat rujukan, masa jawab test ada problem pulak dengan
sistem, time hantar assignment pun masalah sistem down. Sesetengah lecturer ni,
ada yang tak ambil kisah dengan student, tak faham keadaan student. Aku cakap
ni tak semua lecturer, tapi ada la jugak. Kisah lain pula ada yang hadap family
problem, parents tak ambil kisah, tanggungjawab sebagai anak kat rumah, kena
jaga adik-beradik, persekitaran study tak kondusif pulak, gajet peralatan study
tak cukup, terpaksa spent duit lebih untuk data internet, nak bahagi masa
antara kerja rumah dengan study, ada jugak yang struggle buat part time job
untuk duit poket. Ada juga yang sampai quit atau tangguh pengajian sebab susah
nak adapt dengan ODL. So far aku setakat ni even susah macam mana sekalipun,
aku tak ada niat nak quit study. Penguat semangat aku ialah Mama.
Kadang-kadang pensyarah terlalu
memaksa student. Semua duedate nak cepat. Lambat hantar assignment, potong
markah. Task berderet. Satu subjek confirm 2-3 task. Assignment zaman study ODL
ni lagi maha dahsyat. Nak rekod presentation, mesti nak tempat yang senyap. Kalau
persekitaran bising, bunyi ayam, cengkerik, adik-adik kecik menangis, memang
mengganggu. Nak edit video pun ambil masa. Belum masuk bab laptop jammed sebab
digunakan non-stop. Mesin pun ada masa nak mogok. Phone pun nak kena ada space
banyak supaya nak senangkan kami study. Nak simpan lecture note (slide & pdf), nak edit assignment (words, slide show), install application untuk kelas (google meet, zoom, google classroom), install video editor untuk
edit video (capcut, inshot, kinemaster), install picture editor untuk buat
poster (picsart, canva, snapseed), & install application untuk check grammar/pharaphrase ayat. Ada ke orang tahu kami punya
struggle? Tak semua family dia senang, mak ayah mampu sediakan gajet mewah. Kami berdikari
sediakan keperluan study sendiri.
Ada orang nampak kitorang stay
up malam buta sampai ke pagi? Hmm kalau mak ayah aku memang dah faham dengan rutin aku. Kadang sampai tak dapat nak tegur habit aku stay up sampai subuh. Sekarang bila stay dengan kakak, dialah yang jadi saksi aku bersengkang mata stay up. Demi kejar deadline assignment, semata-mata nak
follow due date FYP, berkorban waktu untuk revision sebab test. Kalau rumah kat kampung pedalaman ni, line internet memang problem, waktu malam ni much better la, so terpaksa la buat assignment
waktu malam. Jadi waktu tidur memang terganggu. Memang kerap tak cukup waktu
tidur. Lastly, aku tewas. Semester 7, seizure attack 2 kali. Puncanya tak cukup
rehat & tak cukup tidur. Kena marah doktor sebab tak jaga waktu tidur.
Kadang memang tak ada pilihan, berkorban waktu tidur. Yang lain, tawakkal je.
Kadang-kadang, ada family pun macam
tak berguna. Certain je la, tak semua. Kadang-kadang, sistem pengurusan pihak atasan pun gagal. Keluhan
student ni tak ada yang nak dengar, tak ada yang peduli. Mengadu, tak ada yang
ambil kisah. Orang sekeliling cuma anggap, just small matter. Tak ada kesedaran
langsung tentang pentingnya kesihatan mental. Lastly, student tu terpaksa
tanggung sendiri, memendam rasa. Yang ada cuma luahkan perasaan dengan
kawan-kawan senasib. Itupun, kalau dia ada kawan. Kalau sejenis introvert, menyendiri?
Sorry aku membebel. Ini cuma nak luahkan apa yang terbuku di hati dan mewakili sahabat-sahabat yang lain. Aku cuma nak share apa yang aku alami. Alhamdulillah, aku dapat fight dari depression. Ingat Tuhan, iman masih ada, jadi aku tak ada la sampai ke tahap nak suicide. Aku bersyukur aku dapat kembalikan semangat aku untuk habiskan study ni. Aku harap lepas ni tak ada kes macam ni lagi. Kepada kawan-kawan seperjuangan, semoga apa yang kita usahakan selama ni berbaloi. Take care yourself. Jaga kesihatan, ini semua peringatan kepada kita. Kepada kedua-dua keluarga arwah, takziah saya ucapkan. Netizen kat luar sana tolong jangan judge yang bukan-bukan. Aku pun tak nak cakap lebih. Apa yang aku salah, tegur ye. Aku cuma nak point out apa yang student alami. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Al Fatihah. Assalamualaikum.
#uitmberduka