19 September, 2021

Semester 8 (Latihan Industri) Sarjana Muda Kesihatan & Keselamatan Persekitaran (Kepujian) UiTM Puncak Alam

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum! Lamanya tak update Blogger! Busy dengan FYP & praktikal. Praktikal ni dah macam bekerja rasanya dia punya penat, but worth it! Haa ini la Iza nak cerita, pengalaman Latihan Industri bagi Semester 8 Sarjana Muda Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran (EHS), UiTM Selangor, kampus Puncak Alam.

Tak perlu formal sangat laa eh. Roughly, latihan industri dalam semester 8 ni lebih kepada safety dalam industri. Tujuannya untuk mendedahkan pelajar dengan suasana bekerja dan mengaplikasi segala ilmu pengetahuan yang kita dah study sepanjang lecture selama 7 semester. Eh, semester 5 ada praktikal juga tapi lebih pada environmental health, so kiranya lecture selama 6 semester (3 tahun) je la.

Previously, Iza menjalani latihan industri sebagai EHS Trainee di ST Microelectronics Sdn. Bhd., Muar, Johor. Basically, company ni terletak di dalam kawasan perindustrian daerah Tangkak, tapi sempadan bersebelahan dengan Sungai Muar je, so dia masih dikira dalam area Muar. Daripada sebelum naik atas jambatan Muar, dah boleh nampak besar signboard kilang ni.

Kilang ni buat apa eh? Okay, kilang ni adalah company semi-conductor, back-end manufacturing. Kilang ni senang cakap buat benda kecik-kecik macam mikrocip saiz ala-ala sim kad yang selalu kita boleh jumpa dalam semua teknologi yang kita gunakan dalam kehidupan seharian. Contohnya dalam telefon pintar, komputer, kereta, robot, dan banyak lagi. Kilang ni luas tau! Dalam satu blok untuk line production je pun dah besar. Pekerjanya pun beribu orang, dan semestinya diorang punya OSH management system pun very well establish.


ST Microelectronics Sdn. Bhd.

First day intern, datang setengah jam lebih awal. Semangat!!! Pergi kat guardhouse, cakap kat security kita ni first day intern. Lepastu register dulu as temporary access sebelum dapat access card sendiri. Then, tunggu kat waiting room. HR personnel guide kita ke office diorang untuk briefing, isi borang, dan bagi document yang diorang dah mention kena bawa.


Access card

Nak dijadikan cerita, department tengah ada meeting audit untuk minggu tu. So diorang ni busy la sikit, kat office tak ada staff yang boleh bawa Iza masuk office. Jadi HR bawa Iza ke bilik meeting, tapi dah masuk waktu lunch. Makanya, HR temankan Iza pergi makan kat kantin. Fuhh, jauh kantin dia! Haha masa mula-mula la rasa kekok dengan selok-belok kilang tu. Takutnya kalau sesat. So kat kantin tu la Iza first time jumpa supervisor/manager masa tengah makan. So, lambai-lambai sengih je la sebab semua tengah lunch. Hahaha mula-mula expect nak jumpa semua staff kat office, ada sesi perkenalan secara formal, rupanya lain yang berlaku. Lucunya bila dikenang.

Habis lunch, terus masuk bilik meeting tu. Kat situ la baru berkenalan sikit-sikit. Duduk dengan diorang, segannya rasa, kita tak ada pengalaman. Tugas Iza cuma perlu observe macam mana audit dijalankan je. Seminggu tau audit ni dibuat. Nervous tengok diorang. First time tengok audit. Terus terbayang, satu hari nanti aku pula jadi macam kakak-kakak ni. Fuhh! Second week intern tu la baru masuk office dan dapat duduk kat meja sendiri. And then, semua new hires kena masuk induction training program selama 2 hari. Induction ni ala-ala macam orientasi untuk pengenalan tentang company.

Iza buat internship ni selama 6 bulan, bermula pada 2 Mac hingga 31 Ogos 2021. Kalau ikut requirement universiti, minima 3 bulan je untuk pelajar wajib menjalani latihan industri. But since supervisor proposed untuk intern selama 6 bulan, Iza pun setuju! So, Iza ambil peluang ni dan anggap sebagai bonus untuk cari pengalaman. Serius cakap, rasa macam tak puas walaupun 6 bulan, rasa macam belum dapat merasa semua benda. Ni pun sebab pandemic Covid 19, so banyak la benda yang tertangguh & tak dapat nak buat kat kilang.

Tak terkecuali dapat vaksin melalui program PIKAS

Ni senarai basic aktiviti yang Iza buat masa jadi EHS trainee:

  1. Join workplace inspection routine
  2. Observe audit – ISO 45001 & ISO 14001
  3. Support department improvement project
  4. Support schedule waste management
  5. Covid-19 compliance management & reporting
  6. Involve in sanitization & disinfection activity
  7. Support management activities

Banyak sangat la nak cerita sebenarnya. Sorry ye, tak dapat up banyak gambar sebab ikutkan polisi company, tak boleh ambil gambar dalam plant sebenarnya. Ada sticker untuk kebenaran ambil gambar tapi tak boleh sesuka hati upload dalam media sosial.

Sebelum tamat, semua trainee kena buat presentation tentang improvement project yang kita dah buat dalam membantu department dan company. So, kita kena present dengan GM dan HR bersama-sama dengan trainee yang lain. Untuk penilaian universiti pula, fakulti ada provide log book untuk kita lengkapkan segala task dan juga pembentangan poster. Tapi, disebabkan online distance learning ni, kitorang kena submit semua report praktikal & FYP dan pembentangan secara online je, kalau ikutkan kena present guna poster kat fakulti ramai-ramai.

Tamat sesi pembentangan

Terima kasih semua staff department EHS, syukur Alhamdulillah semua sangat supportive beri tunjuk ajar. Diorang tak kedekut share ilmu & pengalaman. Tak ada masalah dari segi perbezaan gender, bangsa, ataupun agama. Iza rasa seronok dapat bekerja dengan Malay, Chinese, senior, ataupun yang muda. Ada kakak-kakak & manager yang banyak bagi tips & nasihat. Daripada first day masuk company rasa malu-malu je, Iza terus join diorang masuk audit! Hahaha pengalaman yang tak boleh lupa tau. Nampak flow macam mana audit dijalankan. Then, support EHS Engineer & EHS Officer buat improvement project. Hinggalah sampai last day intern, Iza dah ada keyakinan diri & rasa dapat improve myself kalau nak dibandingkan dengan masa first day jejak dalam kilang with zero experience.

Tempoh praktikal ni dapat buka mata kita dengan lebih luas tentang skop kerja bila kita dah masuk alam pekerjaan nanti. Masa ni juga la kita nampak pathway dan career flow untuk kita punya perancangan kerjaya. Kesimpulannya, matlamat & objektif menjalani latihan industri dah pun berjaya dicapai. So, move to the next step, job hunting phase! Doakan Iza yang baik-baik! Assalamualaikum! 😊

EHS Department




13 July, 2021

UiTM Berduka, pelajar meninggal kerana stress?

 Bismillahirrahmanirrahim.

Kredit gambar: UiTM

10 Julai 2021 – Tular, pelajar IPT digemparkan dengan berita 2 orang pelajar UiTM, salah seorang dari kampus cawangan Kedah & salah seorang dari kampus Pahang, meninggal dunia. Setiap kali berita duka terjadi kepada warga UiTM, kami pun terasa, walaupun kami bukan classmate, ataupun bukan rakan sesama kursus, tidak berkongsi fakulti, mahupun berlainan kampus, malahan langsung tak mengenali sesama sendiri. Sebab kitorang dah ada rasa kesatuan dalam universiti ni.

Tapi, berita kali ni betul-betul buat kami terkesan. Ini yang aku nak share la. Khabarnya, diorang meninggal disebabkan pembuluh darah di otak pecah. Puncanya inilah yang kami sebagai pelajar cuba highlight. Tak cukup tidur & terlampau stress. Penyumbang faktor ni ialah cabaran Online Distance Learning (ODL). Aku sendiri dah merasa susah payah ODL sepanjang tempoh setahun ni.

2021 ialah tahun kedua kami menggunakan platform ODL untuk meneruskan pengajian disebabkan kekangan face-to-face di kampus. Aku salah seorang antara beratus ribu student yang berhadapan dengan cabaran ODL ni. Sejak dari semester 6, sampailah ke semester 7, sekarang aku praktikal dalam semester 8. Final year sepatutnya lebih banyak moment unilife dengan kawan-kawan & lecturer, tapi sayangnya tak dapat merasa balik ke kampus/kolej disebabkan pandemik Covid-19 yang entah bila nak berakhir.

Sekarang ni aku belum habis praktikal. Tengah intern ni, tapi bukan setakat intern sahaja, gigih jugak siapkan Final Year Project (FYP). Report praktikal jangan lupa hantar. Tiap hari, check kalendar lagi berapa hari due date deadline. Belum kira job load kat office bertimbun. Dengan penatnya bekerja sambil belajar. Buat 2 benda dalam masa yang sama, badan penat tak ada siapa yang tahu. Sebenarnya aku pun dah start risau dengan diri aku. Aku kerap fikir, esok lusa bila aku dah bekerja, mampu ke badan aku bertahan? Dengan keadaan kesihatan aku yang tak menentu. Life depending medication memang perit. Tambahan kau seorang pesakit epilepsi. Kau tak boleh terlampau letih, atau tak cukup rehat. Semua ni boleh datangkan sawan. 

2 minggu lepas. Aku berhadapan dengan mild depression & anxiety. Aku burnout. Bila dah lama sangat stress kita pendam, terus sampai kemuncak, sampai masanya, all out. Sebelum ni aku kerap nangis senyap-senyap dalam office, tapi masih boleh kawal. Kali ni, aku all out menangis. Non-stop cry selama 2 hari. Aku sedar yang diri aku stress. Dan aku risau dengan diri aku, sebab stress boleh jadi seizure triggers. So aku decide ke klinik nak ambik MC. Tapi kat klinik pun aku gagal kawal emosi. Berjurai-jurai air mata sepanjang kat klinik, baik dari start register buku klinik, tunggu nombor giliran, sampai la duduk depan doktor. Aku terlampau emosi. Aku share apa yang aku alami. Doktor suruh aku jawab soalan mengenai skala stress.

Kenapa aku tak beritahu family? Sebab masa tak sesuai. Ikutkan hati nak je call Mama. Tapi aku tak nak susahkan Mama kat kampung. Dah sebulan setengah aku tak balik jumpa parents. Aku tak nak call emak dalam keadaan aku macam ni. Sebab tu masa tu aku decide ke klinik je. Tapi last-last aku beritahu juga family lepas stop menangis, sebab emosi baru stabil baru la boleh bercerita. Syukur orang sekeliling & doktor kat klinik pun sudi dengar luahan aku. Dia cakap tak apa, nak menangis its okay asalkan hati kita lega. Dia pun faham apa aku alami. Doktor diagnos aku alami mild depression. Dia arrange aku untuk buat blood test & jumpa kaunselor untuk rawatan lanjut.

Diagnosis doktor waktu aku buat rawatan di klinik

Ni apa yang aku alami sepanjang aku bergelut dengan depression, burn out & anxiety:

  1. Terlampau penat, badan seolah-olah kehabisan tenaga. Rasa cepat letih. Seolah-olah badan tak cukup rehat. Memang kebelakangan ni aku tak cukup tidur. Waktu tidur tak teratur. Kerap stay up demi FYP.
  2. Stress & pressure tak terkawal. Aku rasa pressure dengan duedate kerja yang perlu dihantar. Bukan aku seorang, semua student memang rasa, tambahan sekarang tengah hujung semester, deadline semua dekat-dekat.
  3. Mudah menangis. Tak tahan tanggung stress, menangis je buat aku lega. Ada problem kecik je pun aku asyik ‘touching’.
  4. Tak dapat kawal emosi. Aku kerap melenting, asyik nak marah, cepat rasa geram. Kadang-kadang jadi terlampau sensitive dengan hal sekecil kuman. Orang sekeliling yang jadi mangsa. Maaf, kadang aku tak berniat pun. Cuma aku yang gagal kawal emosi.
  5. Tak boleh fokus dengan kerja/aktiviti rutin. Fikiran tak tenteram, rutin harian terganggu, prestasi kerja pun tergendala.
  6. Overthinking. Aku terlampau risau dengan diri sendiri, masa depan aku, & perkara yang belum tentu berlaku.
  7. Rasa down & give up dengan diri sendiri. Aku kecewa dengan diri aku. Aku rasa aku tak boleh buat semua benda, even small task pun aku tak boleh. Aku selalu tak boleh selesaikan masalah yang aku hadapi.
  8. Cenderung nak buat perkara untuk cederakan diri. Aku bergantung dengan ubat. Bila depressed, aku mula cenderung untuk tak nak makan ubat. Sebab aku rasa dah tak ada apa nak diharapkan.
  9. Tak ada motivasi. Aku tak ada rasa positif dalam diri. Aku tak ada semangat langsung. Lagu Semangat Yang Hilang yang biasa jadi siulan aku pun tak membantu beri semangat. Bila aku dengar lagu tu, aku jadi makin sebak.


Satu lagi isu, ramai yang anggap student zaman sekarang ‘manja’. Maka adalah desas-desus mengata student ni tak reti manage masa, buat kerja bertangguh, malas. Netizen pun bukan main kritik. Bila viral student cuba highlightkan isu ni, nak salahkan kami pulak. Katanya student banyak main tik tok, twitter, facebook, Instagram, atau social media. Assignment tak buat. Korang expect student ni 24 jam study, nak hadap buku ke? Kita nak juga hiburan, release stress. Time PKP ni kita bukannya dapat keluar rumah senang-senang macam sebelum pandemik ni. Tak dapat jalan-jalan pun bikin otak stress. Tak sama macam dulu masa stay kat kolej, hujung minggu outing pergi shopping mall, lepak kat McD, keluar pergi pasar malam pun dah cukup happy. Nak samakan dengan situasi sekarang? Nak ke taman rekreasi pun ditutup.

Everyone had their own struggle. Belajar atas talian bukan sama atau mudah macam belajar face-to-face. Masalah internet boleh jadi drag problem lain, tak dapat join class completely, asyik keluar masuk sebab line lambat, tak faham lecture, bila line slow makanya jadi lambat nak siapkan kerja/buat rujukan, masa jawab test ada problem pulak dengan sistem, time hantar assignment pun masalah sistem down. Sesetengah lecturer ni, ada yang tak ambil kisah dengan student, tak faham keadaan student. Aku cakap ni tak semua lecturer, tapi ada la jugak. Kisah lain pula ada yang hadap family problem, parents tak ambil kisah, tanggungjawab sebagai anak kat rumah, kena jaga adik-beradik, persekitaran study tak kondusif pulak, gajet peralatan study tak cukup, terpaksa spent duit lebih untuk data internet, nak bahagi masa antara kerja rumah dengan study, ada jugak yang struggle buat part time job untuk duit poket. Ada juga yang sampai quit atau tangguh pengajian sebab susah nak adapt dengan ODL. So far aku setakat ni even susah macam mana sekalipun, aku tak ada niat nak quit study. Penguat semangat aku ialah Mama.

Pemandangan biasa bagi yang menghadapi masalah capaian internet semasa lecture

Kadang-kadang pensyarah terlalu memaksa student. Semua duedate nak cepat. Lambat hantar assignment, potong markah. Task berderet. Satu subjek confirm 2-3 task. Assignment zaman study ODL ni lagi maha dahsyat. Nak rekod presentation, mesti nak tempat yang senyap. Kalau persekitaran bising, bunyi ayam, cengkerik, adik-adik kecik menangis, memang mengganggu. Nak edit video pun ambil masa. Belum masuk bab laptop jammed sebab digunakan non-stop. Mesin pun ada masa nak mogok. Phone pun nak kena ada space banyak supaya nak senangkan kami study. Nak simpan lecture note (slide & pdf), nak edit assignment (words, slide show), install application untuk kelas (google meet, zoom, google classroom), install video editor untuk edit video (capcut, inshot, kinemaster), install picture editor untuk buat poster (picsart, canva, snapseed), & install application untuk check grammar/pharaphrase ayat. Ada ke orang tahu kami punya struggle? Tak semua family dia senang, mak ayah mampu sediakan gajet mewah. Kami berdikari sediakan keperluan study sendiri. Belum lagi masa fed up dengan member yang tak berapa function dalam group assignment. Mental woo.

Ada orang nampak kitorang stay up malam buta sampai ke pagi? Hmm kalau mak ayah aku memang dah faham dengan rutin aku. Kadang sampai tak dapat nak tegur habit aku stay up sampai subuh. Sekarang bila stay dengan kakak, dialah yang jadi saksi aku bersengkang mata stay up. Demi kejar deadline assignment, semata-mata nak follow due date FYP, berkorban waktu untuk revision sebab test. Kalau rumah kat kampung pedalaman ni, line internet memang problem, waktu malam ni much better la, so terpaksa la buat assignment waktu malam. Jadi waktu tidur memang terganggu. Memang kerap tak cukup waktu tidur. Lastly, aku tewas. Semester 7, seizure attack 2 kali. Puncanya tak cukup rehat & tak cukup tidur. Kena marah doktor sebab tak jaga waktu tidur. Kadang memang tak ada pilihan, berkorban waktu tidur. Yang lain, tawakkal je.

Kadang-kadang, ada family pun macam tak berguna. Certain je la, tak semua. Kadang-kadang, sistem pengurusan pihak atasan pun gagal. Keluhan student ni tak ada yang nak dengar, tak ada yang peduli. Mengadu, tak ada yang ambil kisah. Orang sekeliling cuma anggap, just small matter. Tak ada kesedaran langsung tentang pentingnya kesihatan mental. Lastly, student tu terpaksa tanggung sendiri, memendam rasa. Yang ada cuma luahkan perasaan dengan kawan-kawan senasib. Itupun, kalau dia ada kawan. Kalau sejenis introvert, menyendiri?

Sorry aku membebel. Ini cuma nak luahkan apa yang terbuku di hati dan mewakili sahabat-sahabat yang lain. Aku cuma nak share apa yang aku alami. Alhamdulillah, aku dapat fight dari depression. Ingat Tuhan, iman masih ada, jadi aku tak ada la sampai ke tahap nak suicide. Aku bersyukur aku dapat kembalikan semangat aku untuk habiskan study ni. Aku harap lepas ni tak ada kes macam ni lagi. Kepada kawan-kawan seperjuangan, semoga apa yang kita usahakan selama ni berbaloi. Take care yourself. Jaga kesihatan, ini semua peringatan kepada kita. Kepada kedua-dua keluarga arwah, takziah saya ucapkan. Netizen kat luar sana tolong jangan judge yang bukan-bukan. Aku pun tak nak cakap lebih. Apa yang aku salah, tegur ye. Aku cuma nak point out apa yang student alami. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Al Fatihah. Assalamualaikum.

#uitmberduka 

 

 

 

10 June, 2021

Result SPM diumumkan. Aku pulak.....

Assalamualaikum. 

Result SPM announced. Hmm aku ada benda nak share. Aku batch SPM 2012. Result aku tak berapa bagus, tak cemerlang, sekadar cukup makan je. Aku pun tak sedih la bila tahu result aku cuma dapat tu je. Sebab aku tak aim pun nak straight A, tak macam dulu UPSR, PMR, waktu tu memang zaman kegemilangan la senang cerita. Zaman jadi top 5 students dalam kelas, jadi harapan cikgu/pengetua, calon straight A UPSR & PMR.

Tapi semua berubah. Naik form 4 aku struggle. Aku mula rasa pressure dengan study. Symptom nak kena seizure tu dah ada, cuma aku je tak tahu. Form 5 tengah trial SPM bulan Mei, aku warded. Doktor diagnos aku ada sawan. Sekelip mata aku rasa masa depan aku gelap. Aku dah tak boleh fokus study. Even nak pegi sekolah pun aku peluk mama aku nangis, sebab badan aku dah tak kuat macam dulu.

Aku takde motivasi pun nak hadap exam. Masa tu memang kerap sakit. Datang sekolah separuh hari, demam. Tiap hari hadap sakit kepala. Tido tengah malam, mak bangun berlari masuk dalam bilik, tengok aku kejang 1 badan. Masa tu pun aku struggle sangat nak makan ubat. Aku tak boleh compliance dengan ubat doktor bagi.

Sampai exam SPM & ambik result, aku just reda & tawakal. Aku dah tak kisah pun dapat berapa A, lulus atau gagal. Yang penting habis sekolah.

Masuk diploma pun struggle lagi nak fighting penyakit ni. Masa tu aku still dalam fasa terkejut dengan keadaan aku. Sampai pernah kena depression. Doktor sampai arrange aku ke psikiatri. Time tu aku tak boleh terima bila doktor diagnos aku ada masalah kemurungan. Tapi syukur lama-lama aku dah boleh adapt dengan diri aku.

Hari ni aku rasa down sebab badan kurang sihat. Badan asyik rasa cepat penat. Bila penat, moody. Kadang-kadang nangis senyap-senyap sebab aku fikir aku tak kuat. Aku selalu fikir, nanti kalau dah bekerja, badan aku betul-betul kuat ke? Tiap hari fikir macam tu. 

Ada masa kita rasa okay, ada masa memang down sangat. Nak buat benda yang kita suka pun hilang minat. Tapi sekejap je la kot rasa macam tu. Esok lusa ok la nanti. Ingat, Allah uji kita sebab kita kuat.

Aku menulis ni cuma nak legakan hati. Bila menulis, aku lega. Bila baca semula apa kita tulis, kita boleh reflect semula positive vibe yang kita ada, walaupun benda yang ko tulis tu menyedihkan untuk dihadam. Menulis ni ibarat terapi. Lain orang, lain caranya. Moga terus cekal. Just follow the flow.

Aku baru lepas makan ubat. Nak rehat, nak recharge semula semangat.
 

Thanks yang sudi baca, yang sudi terima kekurangan diri aku, yang selalu bagi semangat pada aku. Aku hargai kehadiran korang.

Assalamualaikum. 

10 February, 2021

International Epilepsy Day 2021

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum & salam sejahtera. Dah lama sangat tak update blog. Ok, post bulan Februari ni nak share my seizure history. 

Semester 7, final year study memang sangat hectic. Everyone knows how much our struggle, dengan assignment, final year project on going, online classes, fuhh… Memang mencabar. So, dalam pengajian semester 7 ni, Iza kecundang sebanyak 2 kali. 

26 Disember 2020
24 Januari 2021

Gap dalam masa sebulan sahaja, seizure attack. Salah Iza juga, tak dapat seimbangkan masa untuk rehat dan belajar, selalu stay up tidur lewat sampai pagi, stress dengan study, dan sebagainya. Memang kena bebel la dengan doktor, “siapa suruh tak tidur?” Sampai terpaksa siapkan assignment sambal baring atas katil je, sebab tak kuat nak bangun. Second seizure, mulanya rasa badan tak sihat, ingatkan nak selsema, so Iza ambil ubat anti-histamine, bila sedar dari tidur fikir kita tak boleh bangun sebab kesan ubat selsema, rupanya seizure attack. Mama pun nampak kejadiannya. Boleh bayangkan la macam mana detik cemas tu.

Harap bulan Februari ni dan seterusnya kita dapat seizure-free la.

Ops, sebelum tu, Iza nak wish, selamat menyambut Hari Epilepsi Sedunia 2021 yang telah disambut pada 8 Februari 2021 yang lepas.


Manakala pada 2 Februari 2021 yang lalu, Unit Neurologi, Jabatan Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan sambutan Hari Epilepsi Antarabangsa. Sambutan ni diadakan secara dalam talian melalui platform aplikasi Zoom. Aktiviti yang diadakan antaranya:

1. Ceramah perubatan epilepsi
2. Ceramah kesan sampingan ubatan
3. Forum pesakit (pembentangan pertandingan poster & perkongsian cerita)


Image slide presentation by Neurology Unit, Department of Medicine, UKM

Iza tak ketinggalan sertai E-poster competition dengan bertemakan topik: Epilepsy Today/Epilepsi Pada Zaman Sekarang. Semua peserta yang sertai pertandingan ni turut membuat pembentangan untuk terangkan isi kandungan poster yang kami reka.

Alhamdulillah, presentation berjalan dengan lancar. Syukur, Iza turut berjaya mendapat tempat ke-3. Dapatlah hadiah token, hehehe rezeki. Dalam masa yang sama, dapat mengasah kemahiran mereka bentuk dalam dunia digital dan tentunya sangat membantu iza baiki kelemahan diri dalam berkomunikasi sewaktu pembentangan.


Ok lah, pendek je post kali ni. Take care. Semoga pandemic Covid 19 berakhir satu hari nanti dan kita dapat jalani kembali hidup yang normal. Assalamualaikum!