10 September, 2020

Semester 5 (praktikal) Sarjana Muda Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran (Kepujian) UiTM Puncak Alam



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t.

Seperti yang dijanjikan, Iza nak share pengalaman sepanjang pengajian Semester 5 dalam Sarjana Muda Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran (Kepujian) UiTM Puncak Alam. Semester ini la di mana kami menjalani latihan praktikal atau amali di Pejabat Kesihatan Daerah. Atttachment sepanjang satu semester (September hingga Disember 2019). Batch kami dibahagi kepada negeri Johor, Selangor, Terengganu. Iza berpeluang mengikuti praktikal di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Besut, Terengganu. Erm jauh tau dari Selatan, merantau ke negeri Pantai Timur. Nangis jugak la masa nak pisah dengan mak, sebab emak betul-betul risau kalau kita sakit. Tapi Iza bertekad nak tunjuk kat emak, kena kuatkan semangat juga nak jalani praktikal.

Bangunan Gunasama Persekutuan, Besut

PKD Besut ni ada 2 lokasi, satu terletak kat bangunan gunasama, satu lagi yang ni

Pejabat Kesihatan Daerah, Besut

Daerah Besut ni terletak hujung dalam negeri Terengganu, dah dekat dengan sempadan Kelantan. Jadi, tak hairan la kalau Iza kadang-kadang berjalan sampai Kelantan, sebab dekat je. Jalan sikit je eh, tahu-tahu dah sampai Kelantan. So 2 buah negeri Iza dapat explore, dengan belajar bahasa baru, cuba makanan yang tak pernah kita makan, bergaul dengan masyarakat kat sana dan juga merasai suasana negeri orang. Jauh berjalan, luas pemandangan. Ada sawah padi menghijau, perkampungannya cantik-cantik, jalan-jalan tepi laut. Puas makan lauk budu, tiap hari makan lauk gulai, bestnya makan keropok lekor isi ikannya banyak! Makanannya banyak manis, jarang nak jumpa makanan pedas. Kita orang Johor prefer pedas!

Pantai Cahaya Bulan, Kelantan 

Picnic day


Banyak gambar nak share ni sebab banyak moments tak boleh lupa! Iza susun story ikut bulan ya biar senang korang follow flownya. Iza highlight sikit je ya, kalau nak panjang baik aku buat satu novel terus. Abaikan kalau nampak sis chubby tu sebab time tu memang Iza tengah chubby, maklum la sentiasa murah rezeki, orang belanja makan, and then kerjanya memang asyik makan je haha. But now sis dah slim okeyy, loss weight 15kg (senyum tutup mulut tak move on lagi)...




SEPTEMBER

Wake me up, when September ends... Lagu dari kumpulan Green Day menjadi siulan. Ok tak perlu formal sangat la bercerita eh. Kitorang menyewa rumah sewa lebih kurang 8 minit perjalanan dari office so tak jauh sangat. Semua perbelanjaan rumah kongsi dengan 5 orang member ni. Masa tu feeling macam dah bekerja pulak, menyewa rumah, balik office pergi beli barang dapur, share duit minyak kereta, Mia merangkap wakil & ketua kitorang bila kat office, setia jadi driver kitorang, ke mana sahaja sama-sama, hahaha berdikari la 5 beradik ni. Dalam ramai-ramai sis paling tua, sebab Iza lepasan diploma while adik-adik sis ni lepasan asasi/matriks. So beza la sikit umur tapi kitorang sekelas waktu lecture kat dewan kuliah. Tak ada apalah beza umur tu, jiwa tetap sama muda, cewah.

Alisha, Mia, Nad, Nel, Iza

First day internship! 

First week praktikal je kitorang dah berpeluang ikut staff PKD pergi Pulau Perhentian Kecil sebab ada program dengan student Kolej Sains Kesihatan Bersekutu. Memang excited la, tak pernah pergi pulau la katakan. Naik bot 30 minit dari Jeti Kuala Besut. Seram jugak mulanya tapi last-last seronok pulak. Takut mabuk laut, takut bot karam, tapi ok je semua selamat. Follow staff hiking bukit dan buat pemeriksaan sanitasi. 2nd time kitorang dapat pergi lagi bulan Oktober... Beruntungnya dapat praktikal yang dekat dengan kepulauan! Tak pernah terfikir pun nak dapat jejakkan kaki kat pulau.

View Pulau Perhentian

Bot ambulans Klinik Kesihatan Pulau Perhentian

Jernih sangat airnya, ikan pun boleh nampak... 

Lunch lauk sotong! 

Pemetik gitar mesti nak bergambar juga

Subhanallah, cantiknya masjid kat sini... 


Aktiviti fogging di kawasan perumahan dan institusi pengajian. Dapat jugak merasa angkat mesin fogging ni, beratnya.... Then kitorang dapat study macam mana nak handle & manage kes penyakit denggi. Dapat la belajar interview patient kat hospital. Selain itu join team PKD untuk aktiviti Pemusnahan Tempat Pembiakan (PTP).

Ini bukan senapang gajah atau senapang patah, ini mesin fogging


Aktiviti semburan asap 

Teruja nak masuk mahkamah tengok perbicaraan kes yang real, tapi tak dapat. Dapat jejak kaki kejap je, tak apa la at least dapat feeling masuk court jugak. Attachment ni under unit Inspektorat dan Perundangan. Even tak dapat tengok kes perbicaraan tapi kitorang dapat belajar flow pengurusan kes dan tatacara mahkamah.

Mahkamah Besut


OKTOBER

Pulau Perhentian lagi! Kali ni lagi seronok sebab banyak buat aktiviti. Snorkeling, berkayak, mandi tepi pantai, muka sunburn OOTD, busking, gigih tau bawa gitar naik bot ni. At same time kitorang follow staff buat pemeriksaan sistem perlimbahan di sekitar perkampungan nelayan. Sebab, Pulau Perhentian ni masih di bawah pengurusan daerah Besut. 

Snorkeling 

Naik bot, tengok penyu

OOTD with gitar kesayangan

Busking 

Pick guitar mesti bawa





Long Beach, Perhentian Island

Attachment di Majlis Daerah Besut. The first time dapat merasa naik compactor atau lori sampah sebab buat time-motion study. Apa tu? Time-motion study ni kita ikut naik lori sampah, follow route trip diorang kutip sampah mengikut lokasi dan masa. Dari situ kita boleh nampak selang masa untuk perjalanan kutipan sampah pada setiap point tong sampah yang dikutip sehinggalah tiba di tapak pelupusan sampah. Hahahaha excited weh. Bila lagi nak merasa naik lori sampah kan? Bila dah kat dalam lori tu, tak ada la bau busuk sangat. Respect kat petugas konsesi alam sekitar ni. Melalui pengalaman ini, kita dapat lihat betapa pentingnya pihak konsesi alam sekitar dalam menjaga kebersihan & kesihatan kita. Jadual kutipan sampah & pelupusan sisa pepejal dijalankan secara sistematik. Haa, bukan main-main tau. Meski semua orang akan tutup hidung bila lori sampah lalu depan kita, tapi kita tak sedar peranan dan kepentingan tugas mereka. Satu tugas yang mulia yang tak semua orang mampu buat.

Sempat selfie dalam lori sampah


Bare-leg-catch. Maksudnya tangkapan-hinggap (gigitan) pada manusia (oudoor)/umpan manusia/umpan haiwan. Antara pengalaman yang agak mengerikan. Aktiviti ni cuma dilakukan sepanjang waktu malam. Kaedah tangkapan nyamuk tapi guna kaki sebagai umpan untuk kita perangkap nyamuk Anopheles & Mansonia. Lokasi aktiviti dibuat dalam kawasan perkampungan dan ada rumah kosong. So, ada la kisah-kisah seram sepanjang kami bermalam kat situ. Ish tak nak cerita la haha.

Contoh lakaran seekor nyamuk


NOVEMBER

Epilepsy Awareness Month atau Bulan Kesedaran Epilepsi. Disebabkan Iza agak busy nak update di blogger, Iza usahakan dengan cara update story di WhatsApp & media sosial. Iza share segala maklumat berkaitan hampir setiap hari. At least, ada effort kita untuk sambut bulan kesedaran epilepsi ni. 




7 November 2019. Perkara paling merisaukan betul-betul berlaku. Iza sendiri tak menyangka, tumbang dan kecundang lagi. Seizure fit waktu tidur. Nasib baik ada kawan nampak. Mak paling risau kalau sakit macam mana la bila jauh dari family. Kebetulan kejadian berlaku waktu Iza ikut member balik Kelantan. Malunya kecundang depan orang! Sampai parents member bawa pergi hospital. Macam mana kan, kita tak tahu nak sakit, padahal rasa ok je waktu siang tu, tak ada rasa pening atau nak pitam, tiba-tiba seizure attack. Dah la bulan birthday. It takes 2 weeks to full recover from seizure. Sepanjang 2 minggu, kadang-kadang datang office separuh hari je, sebab tak larat lagi nak ikut aktiviti. Sambut birthday pun dengan badan rasa lemah. Itupun housemate buat surprise beli kek alololo so sweet!

9 days recovering from seizure 

Operasi sitaan makanan yang tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985. Kandungan alkohol melebihi dari kuantiti yang sepatutnya. Inilah first time tengok botol Wisky depan mata!



Exam time! Lecturer akan datang untuk menilai para pelajar tentang latihan amali yang dipraktikkan. Student akan diuji, contohnya persampelan nyamuk aedes. Kita akan pergi kat perkampungan, datang kat rumah orang, cari jentik-jentik atau ugak-ugak (bahasa Terengganu) dan buat persampelan. Then kat office, identify larvae tu jenis nyamuk apa. Memang best! Paling tak boleh lupa, Iza ni kan Johorean, kurang faham bahasa diorang, jadi macam ada jurang nak berkomunikasi dengan penduduk kat situ. Lagi satu, pengalaman kena kejar angsa kat kampung.

Memories always be memories 

Terima kasih atas segala ilmu & tunjuk ajar kepada team food safety

Nampak macam jelmaan bulan mengambang, tapi ni pemerhatian spesimen melalui mikroskop


Ujian kedua, persampelan bekalan air terawat. Kita kena uji sampel air dari sumber air menggunakan instrument. Masa tu cuaca hujan gerimis, agak syahdu bila nak buat test, tapi Alhamdulillah dapat juga dilaksanakan dengan jayanya.

Habis je exam, karaoke, jamming! 

Sebab rindu nak jamming, gigih cari studio jamm
 

Pegang gitar idola waktu show Ukays. Ambil aura daripada guitarist berpengalaman. 

I was born to be a guitarist 🤟🏻


DISEMBER

Musim tengkujuh, banjir di sekitar daerah Besut. Join mesyuarat harian di bilik gerakan bencana banjir. Rumah sewa pun dinaiki air, sampai tumpang menginap tidur kat rumah tuan sewa rumah. First time ni merasa pengalaman banjir. Then kitorang pun sempat join team PKD melawat mangsa-mangsa banjir di sekitar daerah.

Melawat pusat pemindahan mangsa banjir 

Jalan raya depan rumah dinaiki air

Tanah lapang belakang rumah pun banjir


Melawat kilang perusahaan makanan untuk tugasan analisa dan laporan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP). Dapat tengok flow dan pemprosesan sesebuah produk makanan dihasilkan.

Counting days nak balik Johor! 

Banyak juga operasi yang kitorang dapat join sepanjang attachment. Antaranya, operasi di pasaraya, kita periksa stok makanan yang mungkin dah tarikh luput tapi diorang still jual. Kesalahan macam ni la yang selalu kita lepas pandang. Lepastu follow staff operasi penguatkuasaan larangan merokok di tempat awam dan kedai makan. Kita edar risalah dan terangkan penguatkuasaan ni pada masyarakat. Masa ni la kita belajar berkomunikasi dan sampaikan maklumat dengan orang awam dari segi perbezaan umur, taraf pendidikan, so macam-macam la cabarannya nak deal dengan masyarakat, lagi-lagi yang jenis masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Edaran risalah larangan merokok

Operasi serbuan di pasaraya sempena musim perayaan

Follow up treatment di Klinik Kesihatan untuk kelangsungan bekalan ubat. Kawan-kawan hantar dan teman Iza buat rawatan susulan. Diorang ni juga la yang selalu remind Iza jangan lupa makan ubat, sekaligus menjadi kekuatan kita untuk terus survive. Alhamdulillah, preceptor pun faham dengan condition dan keupayaan kita.

Angka giliran

Refill ubat Epilim


Pemeriksaan malaria secara Active Case Detection (pengesanan kes secara aktif). Mempelajari kaedah pengambilan sampel darah dan cara letak sampel darah pada slaid untuk mengesan penyakit Malaria.

Blood sampling


Akhirnya! Dapat juga main kat sawah padi. Since kat Johor ni tak banyak kawasan sawah padi sebab lebih kepada tanaman kelapa sawit, jadi bila datang Terengganu ni, excited la dapat jejak kaki kat sawah padi.

View sawah padi menghijau

Perkampungan di daerah Besut pun banyak yang indah 

Belajar memasak. Ada certain makanan yang kita jarang makan sebab background negeri yang berbeza. Masa ni la dapat share resipi cara masakan kita sama-sama dengan kawan-kawan.

Belajar masak ikan salmon, jarang makan ikan ni


Hari yang dinanti tiba. Family dari Johor datang jemput Iza balik kampung. Jumpa emak terus air mata banjir. Mana tak menitis air mata, bila emak cakap, “Dik, praktikal dah habis.” Argh berderai air mata akhirnya berjaya habiskan praktikal ni. Lebih 4 bulan anak manja ni tak balik kampung jumpa family, and she did it! 

Budak cengeng

Bantal busuk mesti bawa, setia peneman tidur


Selama 4 bulan ni tak ada rasa homesick yang teruk atau sampai nangis-nangis rindu family. Alhamdulillah Iza kuat semangat dan berjaya buktikan pada semua orang yang Iza boleh. Mungkin antara sebabnya faktor kawan-kawan yang dah dianggap macam adik-beradik, yang asalnya jarang tegur dalam kelas pun sampai boleh mesra dan perangai gila-gila, tak sangka boleh jadi kawan rapat, dan diorang la yang jadi alarm untuk remind Iza makan ubat, temankan ke klinik dan penguat semangat... 

My strength 


Staff kat office pulak dah macam family, juga faktor penerimaan antara satu sama lain walaupun berbeza negeri asal, tak ada diskriminasi atau racist. Dan paling penting orang yang kita sayang juga selalu bagi sokongan dari jauh dan doa dari diorang la pendorong kita terus kuat.


Akhir kata, ucapan terima kasih kepada:

  • Penyelia serta warga kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Besut 
  • Pensyarah (penyelia UiTM) kami yang baru sahaja menamatkan perkhidmatan, dengan ucapan selamat bersara Haji Pozi
  • Encik Deli (penyelia UiTM)
  • Rakan-rakan praktikal seperjuangan
  • Keluarga & orang-orang yang kita sayang

Semoga segala kebaikan dibalas dengan kebaikan. Assalamualaikum!