Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.!
Setelah sekian lama menyepi, dah lama tak update blogger, hari ni muncul kembali. Straight to the point, sebab ramai pulak bakal junior yang curious nak tahu pasal course Environmental and Health Safety ni. Oh ye before that, nak senang, terms EHSAn ni maksud course environmental and health safety la ye. Tak larat ku mahu taip, panjang sangat. So, ni Izaa nak share lagi la apa yang patut korang tahu pasal program ni.
Korang as student akan bernaung di bawah:
FACULTY OF HEALTH SCIENCES/FAKULTI SAINS KESIHATAN (KOD FAKULTI: HS)
Course ni cuma ditawarkan di UiTM CAWANGAN SELANGOR, KAMPUS PUNCAK ALAM bagi pengajian tahap ijazah dan peringkat lebih tinggi. Kalau level diploma sahaja ada kat UiTM Bertam, Pulau Pinang. Bezanya, tahap diploma, cuma Diploma Kesihatan Persekitaran. Nampak tak? Maksudnya, level degree barulah dia merge dengan keselamatan, maka jadilah:
PROGRAMME HS243 - BACHELOR OF ENVIRONMENTAL HEALTH AND SAFETY (HONS.)/
SARJANA MUDA KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN (KEPUJIAN)
Tempoh pengajian: 8 SEMESTER (4 TAHUN)
So, kalau adik-adik lepasan kolej matrikulasi, asasi (foundation) atau diploma (lain-lain program) memang kena ambil 8 semester... Kalau lepasan diploma kursus yang sama dapatlah ‘potong’ semester, diorang akan ‘melompat’ ke semester 3, maka cuma 6 semester pengajian (3 tahun) sahaja, sebab ada certain subek yang diorang mostly dah study waktu diploma. Got it?
Ini contoh course outline atau subjek-subjek yang kami para senior pernah ambil. Macam ibarat baca al-Quran, mesti kena baca semua surah sebelum dapat khatam kan? Ini la senarai subjek yang perlu ditempuhi sebelum diberi watikah sarjana muda, hehehe. Tapi course outline ni sentiasa direvise dan dikemaskini setiap beberapa tahun so nanti you guys akan dapat course outline yang agak berbeza, sebab UiTM nak bagi student dia terbaik la, gituuuu.
Copyright © Universiti Teknologi MARA (2009-2012)
Course/Kursus = Subjek
Part/Bahagian = Semester
Subjek bahasa, korang cuma boleh pilih Bahasa Mandarin atau Bahasa Arab sebagai matapelajaran elektif. Setiap fakulti memang dah ditetapkan pilihan subjeknya. Subjek bahasa pun ada kat IPT lain sebagai salah satu cara untuk pelajar menguasai bahasa asing, dan untuk persediaan waktu alam pekerjaan. Subjek bahasa ni tak ada final exam, cuma final test. Cara penilaian kursus ni, korang kena berlakon, ujian lisan, ujian mendengar, dan sebagainya. Dari situ kita dapat markah untuk subjek ni.
Subjek English pulak macam mana? Bahasa inggeris pun ada, cuma kita bukannya belajar grammar macam zaman sekolah. Pelajar didedahkan cara menulis report dan oral presentations. Presentations ni perkara biasa la kalau belajar kat universiti, tak ada siapa boleh elak. Mostly every subjek mesti ada assignment dan kena present depan lecturer. Jangan risau kalau english tak berapa fluent, masih boleh perbaiki lagi. Kurang keyakinan diri? Tak apa, slow-slow, buat sama-sama dengan member group. Jangan rasa rendah diri. Apa yang kita tak tahu, minta kawan ajar, belajar sama-sama. Assignment nanti ada individual dan grouping. Usaha sama-sama, berjaya sama-sama 😄
Same goes to kokurikulum. Mana-mana universiti pun standard mesti ada subjek kokurikulum. Kursus ‘Kesatria Negara’ wajib untuk semua tak kira apa pun program yang kamu ambil. Wajib ye guys, bukan sunat atau harus. Aktiviti kawad kaki kat padang kawad, ada komander kesatria beri arahan. Semua tak terkecuali, kecuali ada alasan masalah kesihatan boleh dipertimbangkan. Selain itu, subjek elektif ialah Bulan Sabit Merah (BSMM). Rasanya semua tahu la kan persatuan ni pasal apa? Kalau tak ada kawad kaki, korang akan join BSMM la. Buat masa ini hanya 2 elektif subjek koko yang pelajar wajib ambil dalam program ni.
Tahun pengajian 1 hingga 2 ni biasanya korang memang kena ambil subjek bahasa, kokurikulum, sejarah, dan tamadun Islam. Tamadun Islam ni lebih kepada sejarah peradaban islam, dan juga sejarah Malaysia. Ala jangan risau kalau korang tak minat subjek sejarah, credit hour subjek ni tak membebankan. Cuma 2 semester je kena ambil. Chill je belajar, just follow the flow. InsyaAllah boleh carry.
FYP ! Selalu kan dengar FYP.... Apa benda tu eh? Ala yang selalu kita nampak student bergambar pegang buku atau diorang punya thesis. Haaa macam tu. Final Year Project, atau Projek Tahun Akhir. Yang ni agak scary kedengaran. Memang pun! Iza bukan nak takutkan junior, tapi try la tanya mana-mana student, FYP memang takut. Dia agak heavy, sebab kita kena plan & develop sebuah projek atau dipanggil kajian, dan penilaiannya secara individu. Design research, proposal (kertas kerja), DRP (defense research proposal), banyak la, dan dia memakan masa yang panjang. Iza pun baru lepas submit proposal FYP, harapnya semua berjalan lancar. Ada yang curious, kita kena buat projek tajuk apa kak? Basically kita akan buat research yang berkaitan apa yang kita belajar. Bila korang dah officially being as EHSAn student, korang akan nampak lebih luas lagi tajuk apa korang boleh buat untuk research. Panjang la nak cerita kat sini.
Field experience atau praktikal/intern. Ni nak bagitau, praktikal sebanyak 2 kali tau, waktu semester 5 dan semester 8. Biasanya program lain praktikal waktu akhir semester kan, kalau course ni kena intern 2x. Semester 5, attachment di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). Semester 8, attachment di industri atau kilang. Kenapa sampai 2 kali? Kenapa tak gabungkan je? Kenapa lain-lain semester?
Sebab, dah nama yang tertera pada ijazah ni pun kita ambik macam 2 program degree. Macam ni, pembahagian semester 1 hingga 5, student lebih didedahkan dengan environmental, manakala pembahagian semester 6 hingga 8, student lebih didedahkan dengan safety. Jadi, latihan praktikal dibuat pada semester 5 dan 8. Okey? Since Iza dah ada pengalaman intern kat PKD, nanti Iza up story on next post. Panjang pulak nak cerita kat sini, hehehe.
Last, berkenaan kolej kediaman. Ramai yang tertanya-tanya, bila dah senior nanti, dah tak layak stay kolej ke? Tak nak menyewa rumah, sebab kekangan masalah kewangan & transport. Ok macam ni. Untuk pelajar baharu semester 1, kolej kediaman memang akan disediakan, maksudnya bila korang dapat surat tawaran masuk ke UiTM, korang memang ditawarkan untuk jadi penghuni kolej kediaman. Untuk semester seterusnya, kolej kediaman masih boleh dibuat permohonan melalui sistem student portal, jadi boleh je sebenarnya kalau nak stay kolej lagi, dengan syarat korang kena rajin kumpul merit kolej.
Merit kolej boleh didapati melalui penyertaan aktiviti kolej. Kita join event kat kolej, akan dapat merit (macam markah). Banyak program yang dibuat oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej. Bila markah merit full, peluang nak stay kolej ni tinggi la. Cuma, keutamaan kolej kediaman memang akan dibagi pada pelajar semester baharu (semester 1), jadi kekosongan untuk kita dapat stay kolej ni tertakluk juga pada kuota & jumlah pengambilan pelajar baharu. Kalau pelajar baharu ramai, persaingan nak dapatkan kolej agak sengit la. Andai kata gagal dalam permohonan kolej, rayuan boleh dibuat lagi, sama juga tertakluk pada kekosongan kolej.
Senarai kolej kediaman pelajar di UiTM:
- Kolej Dahlia (pelajar perempuan)
- Kolej Rafflesia (pelajar perempuan)
- Kolej Angsana (pelajar lelaki & perempuan)
- Kolej Casuarina (pelajar lelaki)
Bilik atau unit kediaman bergantung pada kolej. Biasanya satu unit kediaman pelajar (rumah) ada 4 bilik, setiap bilik share 2 orang, so satu rumah ada 8 orang penghuni. Toilet dan bilik air dalam rumah, no toilet yang macam kat asrama yang biasanya berada di hujung kegelapan tu, so yang ni dia macam privacy & lebih selesa la kan. Ada certain kolej kat kampus UiTM lain masih sistem macam asrama, biasanya itu kampus lama. Macam Iza pernah stay UPM, feeling macam duduk asrama gitu.
Berkenaan penghuni kolej pula, sama ada student lelaki atau perempuan, tertakluk pada perubahan semasa yang dipertimbangkan pihak UiTM. Mana-mana kolej ni, memang menjanjikan sajian pemandangan yang memukau, sebab kolej ni kat atas bukit. Dari area jalan persimpangan Mokhtar Dahari pun boleh nampak gahnya berdiri bangunan UiTM Puncak Alam, kebanggaan bumiputra. Dari tingkat paling atas bangunan FSK pun boleh lihat indahnya kawasan kolej kediaman. Dari tingkat atas Kolej Dahlia pula kita boleh nampak kawasan perumahan Bukit Saujana & bandar Hill Park, serta kejiranan kawasan Alam Bina yang menghijau. Memang bestlah view dia. Yang suka berjogging dan berbasikal, track untuk aktiviti ada di sekitar kolej dan kampus. Jadi waktu petang tu, boleh jalan-jalan sambil tenangkan fikiran. Nature’s lover, boleh duduk tepi tasik, layan feeling syoknya duduk dalam hutan yang sedang membangun ni. Bandar Puncak Alam pun masih dalam proses pembangunan.
Kolej Zamrud & Baiduri pula untuk pelajar di kawasan Alam Bina. UiTM Puncak Alam ni macam dibahagi kepada 2 kawasan sebab area Alam Bina ni jauh dan terasing sikit dari fakulti yang lain. So diorang punya fasiliti tak berapa lengkap, contohnya mesin ATM pun tak ada, then nak ke Unit Kesihatan lagi jauh. Tapi library diorang ada sendiri. Even terasing tapi bukan disisihkan tau hehe cuma macam ada gap kawasan Alam Bina tu nak reach dengan fakulti lain. Cuma kalau dari bukit Kolej Dahlia ada track tangga disediakan untuk menghubungkan laluan pejalan kaki antara kawasan Alam Bina dan Kolej Dahlia. Dari semasa ke semasa, UiTM sentiasa cuba memperbaharui kemudahan untuk kegunaan warganya 👍
Haa pasal library ni nak promote, design library kat UiTM Puncak Alam, atau dikenali sebagai PTAR, ala-ala macam shopping mall tau, gempak seh library UiTM ni. Lagi satu, dalam UiTM ni ada juga Hotel UiTM di Fakulti Pengurusan Hotel dan Perlancongan. Bila family datang melawat dari jauh, boleh la check in hotel ni, selesa tau hotelnya.
Penutup kata, ayuh sertai kami jadi sebahagian warga Palamians. Mari jadi sebahagian dari komuniti EHSAn 😉
EHSAn UiTM Puncak Alam on Instagram, do follow us: @ehsanism_fsk
Any questions? Just DM me on social media on the link below. Twitter account Iza tak berapa aktif, maaf la ye. Kalau IG dan FB aktif. See you again you alls. Assalamualaikum!
Facebook: Nurul Izati Sahib
Instagram: @izaa_guitarist
Twitter: @Izaa_guitarist