Welcome to Guitarist With Epilepsy Blogger
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum! Selamat membaca ke entri terbaru Izaa!
Cuti semester ke-4 dalam pengajian sarjana muda. Ada berbaki lagi sebulan cuti di kampung. Izaa dah bertekad cuti kali ni mahu praktis gitar dengan lebih rajin. Iza dah aim, habis je final exam, mahu beli gitar elektrik. Mama pun dah setuju. Dia tak kisah pun. Suka hati kau la. Okey, boss besar dah bagi jalan!
Gigih pergi survey harga dan tengok model gitar elektrik mana yang berkenan di kedai muzik, juga di Lazada. Tapi, Iza tak dapat buat keputusan sama ada nak beli atau tak. Nak dijadikan cerita, masa tu memang banyak ujian kecil nak dapatkan gitar elektrik ni. Mungkin ini suatu petunjuk yang kita kena hold dulu keinginan kita untuk beli gitar elektrik. Tak apa la, mungkin belum masanya aku nak dapat beli. Mama pun pujuk Iza, nanti ada yang lebih baik menanti. Baiklah. Iza angguk. Sabar dulu.
Nak dijadikan kisahnya, ada seorang musician bantu Iza survey kedai gitar murah. Dengan bantuan beliau akhirnya Alhamdulillah, Iza dapat make a deal dengan owner gitar tu. Terima kasih otai sebab tolong Iza realisasikan impian Iza! Semoga Allah membalas kebaikanmu. Hari ni Iza berjaya memiliki sebuah set gitar elektrik sendiri bersama mini-amplifier. Walaupun harga murah, brand biasa je, tapi tak kisah, tak apa asalkan boleh buat praktis kat rumah! Amplifier 5 watt je pun tapi kalau on ‘overdrive’ sound, putar volume sampai ke-10, gitar volume pun pulas sampai 10, sudah cukup menjadi sumber kebisingan di dalam mini studio Iza. Itulah sound yang kita mahukan! Psstt! Gitaris je yang faham keseronokkan ini hahaha.
Gitar elektrik, nama dia Oreo Vanilla sebab warna dia merecik!
Itulah serba sedikit cerita keterujaan Iza bila memiliki sebuah gitar elektrik sendiri. Akhirnya Iza berjaya merealisasikan azam tahun 2019 ini untuk memiliki gitar elektrik sendiri. So, Iza plan mulai esoknya, Iza nak follow jadual untuk praktis gitar. Iza perlu mahirkan scalling dan praktis jari. Tetapi, manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Satu hari selepasnya, tanpa disangka-sangka, Iza tumbang lagi, dan hancur lagi azam tahun 2019 untuk seizure free sepanjang tahun :(
Keesokan harinya, pada waktu pagi, selepas bangun je daripada tidur, terasa sakit sepenuhnya pada lidah kesan gigitan sewaktu kekejangan, juga sakit di seluruh anggota badan. Bila dah rasa macam tu, dah boleh agak Iza sebenarnya memang baru sedar dari serangan, walaupun tak ada sesiapa yang menjadi saksi. Rasa kecewa. Hampa. Air mata deras mengalir lagi. Kali kedua kejadian serangan berlaku pada tahun ini. Hancur aim nak seizure free pada tahun 2019 ini. Malahan hancur juga plan hari pertama nak praktis gitar.
Iza tumbang pada hari ke 196 seizure free.
Tak dapat genapkan hari ke 200 sudah tumbang lagi.
Gotta restart counting yang baru.
Last attack pada bulan Januari :(
Iya, semua ni salah Iza sendiri yang culas daripada mengambil ubatan. Iza terlupa makan ubat dos waktu siang selama 2 hari. Jadi tak dapat disangkal lagi seizure triggers ialah lupa makan ubat. Tu la degil sangat padan muka. Haa, padan muka diri sendiri juga! Tapi dos ubat pada waktu malam Iza tak lupa ambil. Malam sebelum serangan, terasa sakit kepala sebelum tidur, ah cuma pening sikit je ni. Jadi, Iza tak mengesyaki apa-apa. Padahal, itu sebenarnya petanda seizure nak attack! Sebab biasanya, bila kita syak apa-apa, eh, okey je tak jadi apa-apa pun!
Pujuk diri, bersyukur walaupun tewas lagi. Sekurang-kurangnya, kita jatuh sakit di rumah, dekat dengan family, waktu cuti semester, bukan tumbang waktu minggu perkuliahan atau peperiksaan di kampus. Serangan kali ni berlaku pada waktu cuti juga sepertimana kisah last seizure attack yang Iza cerita pada tajuk ‘Akhirnya Tumbang Jua’. Mujur serangan kali ni tak seberapa teruk. Iza mampu berjalan dengan baik. Rasa sengal-sengal pada anggota badan itu biasa. Kesan tergigit lidah tu Iza sapu dengan ubat oral lotion.
Terima kasih semua yang beri Iza kata-kata semangat, ingatkan Iza untuk terus kuat! Iza tak boleh janji yang Iza akan makan ubat selalu, sebab Iza memang malas sikit bab ubat ni. Tapi Iza janji, Iza akan kuatkan semangat! Semoga kekuatan mengiringi!
Hari ni hari ke 3 recover from seizure. Semalam hari ke 2 lepas seizure pun Iza sudah bangkit untuk praktis gitar. Dia kalau pasal gitar ni semangat lebih sikit! Kah kah kah! Izaa, the guitarist, road to padu! Selamat berpraktis Izaa! Semoga maju jaya dearself! Akan datang, bila dah power, ada bajet lebih, kita sambar gitar yang lagi upgrade, lepastu sambar set gitar effect pulak hehehe. Jangan pernah lupa segala impian hidup kita. Kita nak berjaya. Sakit ni tak menghalang Iza untuk capai apa yang Iza nak. Kadang-kadang, kita jadi kuat semula sebab ingat orang yang kita sayang, juga ingat kembali segala impian kita. So.... Be positive!
Doakan Iza maju dalam bidang muzik ini! Dan kita semua, semoga kita semua maju dalam bidang yang kita ceburi. Semoga kita semua dilindungiNya. Assalamualaikum!
Ayuh praktis !