Selamat datang ke catatan hidup Izaa !
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Terima kasih pada yang sudi singgah ke entri baru ni. Baru sempat nak menulis & update blog ni, walaupun sekarang tengah cuti semester tapi sibuk juga nampak gayanya. Eh, apa yang dikerjakan tu sampai sibuk? Ha ni la nak cerita.
Al kisahnya, banyak cerita ni. Tapi yang paling utama, Iza nak cerita semestinya catatan diari hidup sebagai pesakit epilepsi. Sendu la hmm, Iza fit with seizure (diserang sawan) lagi pada 15 Januari 2019 yang lalu ☹
Status IG story
Peperiksaan akhir semester pasti tiba apabila menjelang hujung semester. Waktu ni, macam biasa la, tekanan mendatang. Stress dengan lecture note nak kena baca, nak hafal formula, nak banyakkan latihan pengiraan, nak khatamkan buku, nak biasakan buat jawapan past year question, dan biasa la nak exam ni semua orang yang pernah bergelar student mesti pernah merasa kan macam mana tekanannya? Iza pun macam tu juga.
The last paper, subjek terakhir Iza duduki untuk peperiksaan semester ni. Dia punya pressure memang dahsyat. Sampaikan Iza hampir nak tumbang dalam dewan exam. Mujur pengawas peperiksaan perasan.
“Awak okey tak ni?”
Happynya dah habis exam (^__^)
Megah berdiri bangunan Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Puncak Alam
Tamat sahaja peperiksaan akhir untuk semester ni, Iza plan nak relaks dulu, stay kat kolej untuk beberapa hari. Tenangkan fikiran dulu. Rehatkan diri. Apa nak buat? Main gitar je la kot, tak kisah pun kalau semua housemate dah balik. Ada la buat cover gitar & upload dalam youtube, ini la masanya hehe.
Gambar selepas selesai buat cover gitar lagu Nafisa (XPDC) 😊
Tak perlu la nak rushing balik kampung. Lagipun Iza tak ada orang yang nak ambik balik Johor. Tak nak la susahkan abang kakak ambik jauh-jauh kat Puncak Alam. Tak apa naik bas je dengan mengangkut luggage sebesar alam, beg berat, kita kasi kaut je sorang. Dah biasa berdikari kan?
Nak dijadikan cerita, tiba-tiba mama call tanya bila nak balik kampung? Sebab nenek kurang sihat & masuk wad kat hospital. Jadi, lepas mama call, Iza pun tak senang duduk la. Kalau boleh nak balik Johor sekarang jugak. Bawa bertenang Zaa, kita settle slow-slow. Packing beg & luggage, urusan deal simpan barang, beli tiket bas & proses clearance kolej kita selesaikan satu-satu. Alhamdulillah urusan dipermudahkan walaupun pada awalnya banyak dugaan kecil. Gigih angkut beg berat & bagasi besar nak balik kampung hanya menaiki bas. Sampai pakcik driver bas pun tegur, satu bas penuh dengan barang Iza ! Hahaha. Mujur pakcik driver bas tu dah kenal Iza & abang tiket bas tu pun sporting gila-gila. Hampir-hampir je Iza nak busking kat terminal bas tu gara-gara diorang request lagu & mengusik pasal Iza mengangkut gitar !
Sampai je di Terminal Bas Ekspres Batu Pahat, Iza terus gerak ke Hospital Batu Pahat dengan Babang dan melawat nenek di wad, baru la pulang ke rumahku syurgaku.
Kemudian, kami semua saudara mara ambil giliran untuk jaga nenek di wad. Tak semua boleh jaga nenek kat wad sepanjang masa, jadi kami bergilir ambil turn. So, sampai turn Iza, Iza pun tak kisah tolong jaga nenek kat wad tu dengan Mama. Dapat la berbakti pada nenek. Cuma kadang-kadang terdetik dalam hati, kan bagus kalau dulu aku habis study nursing, hahaha tak habis mengungkit. Sebab kadang-kadang Izaa tak tahu nak buat sesuatu, pasal benda simple, contohnya, drip air tu pun Iza tak tahu nak off kan aliran air ubat tu. Ye la, kalau dulu jadi nurse senang sikit hehe. Tak apa boleh tanya nurse kan…. Ni nak cakap, bukan rezeki kita dalam kejururawatan. Tapi Iza berbangga pernah menjadi sebahagian dari keluarga kejururawatan. Tabik spring pada semua yang menceburi bidang nursing 😊
Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.
Update : Nenek telah kembali ke rahmatullah pada 7 Febuari yang lalu. DaripadaNya kita datang dan kepadaNya juga kita kembali. Al-Fatihah.
Update : Nenek telah kembali ke rahmatullah pada 7 Febuari yang lalu. DaripadaNya kita datang dan kepadaNya juga kita kembali. Al-Fatihah.
Sepanjang Iza jaga nenek kat wad, Iza rasa sihat je. Tak ada rasa nak tumbang, tak ada aura. Walaupun sepanjang malam tak tidur, okey je rasa. Lagipun Iza dah biasa tak tidur sepanjang malam sebab study kalau time stay kat kolej. Jadi Iza pun relax je. Tak ada masalah pun. Iza cuma fikir macam tu. Lagi satu hal, mana la boleh tidur lena kalau jaga orang sakit kat wad. Dengan sekelilingnya orang sakit, tak ada tempat nak baring, ada pun bersandar kat kerusi tepi katil nenek dengan berbekalkan bantal kecil. Ada la tertidur cuma selama satu jam atau dua jam je kot tapi tetap tak boleh lena. Sampai la ke siang mata Iza tetap segar bugar tanpa rasa mengantuk.
Makan mi segera pada jam 5 pagi sebab dah tak ada stok makanan lain
Tengahari tu Iza dengan Mama balik ke rumah Babang kejap. Nasib baik la rumah Babang ni dekat dengan hospital. Jadi plannya nak rehat kejap beberapa jam sebelum balik ke hospital lagi untuk sambung jaga nenek kat wad. Iza saja-saja baring atas tilam sementara nak tunggu sampai masuk waktu solat Asar. Ada satu jam je lagi. Baring kejap regangkan badan dulu la. Siap cakap kat Mama lagi, sedap la tilam ni hehe. Jadi Iza pun baring terlentang (amboi tak sopannya) sebab tilam tu sedap pulak buat baring.
Nak dijadikan cerita, Iza terlelap. Padahal tak berniat nak tidur pun. Tapi biasa la, Iza ni senang nak tidur haha. Jadi baring je boleh terlelap terus. Atau mungkin senang lelap ni sebab sebenarnya memang mengantuk tak cukup tidur jadi kita senang nak tertidur.
Masuk waktu Asar, Mama pun solat. Baru je selesai solat, beri salam, Mama toleh ke sebelah tengok posisi Iza macam nak bangun dari tidur. Sebab tadi Iza baring terlentang kan? Jadi Mama fikir Iza nak bangun dari tilam tu. Dalam hati Mama fikir, eh dah bangun pulak Iza ni. Selalunya bukan main payah nak bangun sendiri. Dikejut pun kena gerak banyak kali baru la nak bangun.
Rupa-rupanya, bukan nak bangun dari tidur, sebenarnya itu permulaan serangan seizure! Iza tak tahu nak cerita macam mana sebab masa tu Iza dah tak sedar apa yang berlaku sebenarnya. Mengikut penceritaan, badan bergoncang macam biasa, mengeras kaku & gigit lidah. Ini la fasa serangan sawan, tonic-clonic atau generalized seizure. Tak tahu la macam mana paniknya Mama masa tu. Mama terus panggil Babang & kakak ipar.
Mujur serangan tak lama. Mungkin purata selama 1 minit mengikut penceritaan saksi. Badan bergoncang pun tak terlalu teruk macam yang pernah berlaku masa Iza admitted kat wad. Jadi tak perlu sangat nak jadi kes kecemasan. Kalau serangan dulu, muka sampai biru & bibir pucat lesi.
Apa yang Iza ingat, bila Iza sedar buka mata, orang yang pertama Iza nampak ialah kakak ipar Iza tengah berdiri tengokkan Iza dengan mukanya yang risau. Lepastu ayat Mama tanya Iza, “Adik, adik ingat tak? Adik baru lepas kena serangan sawan lagi”
Iza hanya mampu menggeleng. Iza tak ingat apa-apa pun. Masa tu rasa lemah je. Apa yang membuatkan meruntun jiwa bila tengok Mama kat sebelah dah macam hilang arah. Ye la, ibu mana la yang tak risau bila tengok anaknya tak sedar & diserang sawan.
Iza menangis tak berhenti lepas serangan berlaku. Sakitnya lepas serangan tu, Tuhan je yang tahu. Komuniti kami yang bergelar pesakit epilepsi je yang tahu macam mana sakitnya lepas serangan itu berlaku.
Mama urutkan badan Iza sambil pujuk jangan menangis. Mama lap air mata yang mengalir kat pipi sementara badan Iza masih rasa lemah. Petang tu juga kakak ipar hantarkan kami balik ke rumah. Punah rancangan untuk sambung jaga nenek kat wad. Cuba bangun lepas serangan memang perit. Kaki melangkah pun setapak-setapak je. Sakitnya nak bawa badan.
Iza sendiri tak menyangka Iza boleh kena serangan lagi. Kami sekeluarga memang tak menyangka. Walaupun Iza tak ada tertinggal ubat langsung sepanjang beberapa hari tu, tapi ini la risikonya. Bila-bila masa sawan tetap boleh menyerang. Sebab tu segala seizure triggers kena elak.
Bukti Iza tak ada tinggal ubat dari status & IG story
Asalnya masa last paper waktu exam week hari tu rasa nak tumbang kan? Tapi bila habis exam Iza fikir dah kembali sihat. Ye la, dah habis exam kan? Keluar dari dewan exam tu pun boleh gelak-gelak bercerita dengan member pasal kita ‘menggoreng’ jawapan dengan ‘bermacam ramuan sampai hangus’, dia punya bercerita tu macam tak ada apa yang berlaku. Padahal masa nak start paper, rasa hampir-hampir nak tumbang.
………………………
Aku tipu diri aku. Aku cakap aku kuat. Tapi aku tak kuat. Kita memang tak boleh menyangka seizure boleh menyerang lagi. Kita tak akan pernah tahu bila kita akan tumbang lagi. Siapa sangka kan, walaupun rasa sihat, ok je, tapi akhirnya tumbang juga. Nak kata mulut masin ke? Tu la, siapa suruh cakap, kalau nak sakit pun, lepas habis exam tak apa la, jangan sampai masa tengah exam week. Tapi ini semua perancangan Tuhan.
……………………….
Rasa patah semangat. Iza tak boleh penat, tak boleh kurang tidur, tak boleh terlampau pressure, kena cukup rehat sentiasa. Sakitnya lidah nak mengunyah makanan. Nak bercakap pun pelat. Ambil masa seminggu juga nak recover dari seizure. Gambar bekas lidah tergigit pun ada tapi takkn nak upload kat sini kan ? Hehe. Seram tengok bekas gigi pada hujung lidah tapi dah biasa sangat setiap kali serangan memang akan jadi macam tu. Sedih juga bila dikenang balik tak dapat nak capai target seizure free untuk tahun 2019 ni. Last seizure attack ialah pada bulan Febuari 2018. Tak sampai setahun, baru nak genapkan setahun tapi dah kena attack lagi :(
Aim yang Iza post waktu menjelang tahun baru 2019
Apapun, Iza bersyukur sangat sebab serangan berlaku lepas habis exam. Tak dapat bayangkan kalau serangan berlaku dalam exam week, macam mana la nak hadap exam? Bersyukur la walaupun dapat serangan seizure lagi, walaupun jatuh sakit juga. Sekurang-kurangnya kita jatuh sakit waktu cuti semester, jadi tak mengganggu aktiviti perkuliahan & peperiksaan di UiTM. Bersyukurnya bukan kena serangan waktu di kolej. Dah la roommate balik awal dari Iza, kalau apa-apa perkara tak elok terjadi macam mana?
Bersyukur jatuh sakit masa dah balik Johor, dan family pun nampak, boleh tolong apa yang patut. Bersyukur juga tak kena seizure waktu tidur teman nenek dalam wad, kalau la tumbang waktu tu, haru la, nanti Iza pulak masuk wad ! Sudah la nenek admitted kat wad yang sama waktu Iza first admission kat wad lepas serangan seizure tahun 2012 dulu tu. Haha wad yang sama tu la. Memang masih segar dalam ingatan lokasi katil Iza ditempatkan & masih ingat lagi ayat doktor bila didiagnos ada epilepsi. Hmmm. Hargai dan syukuri ujian kecil ini Zaa 😊
Alhamdulillah sekarang Iza dah bangkit untuk meneruskan perjuangan semula. Walau apa pun berlaku, kita kena kuatkan semangat. Dan Iza gunakan terapi bermain muzik sebagai penguat semangat Iza. Selepas sembuh dari serangan, Iza beli keyboard baru & belajar bermain keyboard/piano hehehe. Jadi sekarang, Iza seorang keyboard beginner. Dah lama sangat nak beli keyboard ni, akhirnya dapat juga beli. Murah je untuk beginner. Tak perlu beli yang mahal sebab kita baru beginner, setakat nak praktis jari je pun boleh. Bukan sebab bosan dengan gitar, tapi nak kembangkan ilmu dalam muzik. Portable drum pun Iza beli. Sebenarnya memang teringin nak jadi drummer juga tapi slow-slow la belajar sikit-sikit. Beli portable je dulu. Mana tahu kalau dapat ketuk-ketuk drum tu boleh release stress kan? Hehehe. Kalau dah minat muzik ni sanggup je dapatkan.
Keyboard baru
Portable electronic drum
Main instrument muzik ni bukan setakat seronok, tapi dapat membantu Iza untuk jadi lebih positif. Iza kena terus kuat melawan penyakit ni. Tak apa la kalau tahun ni tak dapat seizure free, kita start yang baru dengan semangat yang baru. Dan Iza juga akan teruskan semangat dan minat dalam muzik. Teruskan praktis gitar, teruskan belajar keyboard. Walau orang kecam, kritik, mengata, tapi kita tahu diri kita. Teruskan usaha!
Terima kasih semua kepada para sahabat Iza yang sentiasa doakan kesihatan Iza & kekuatan untuk terus survive. InshaAllah, terus kuat. Ada masa kita jatuh, nanti kita bangkit lagi. Ubat jangan lupa makan. Selalunya habis exam ubat ke laut, tapi kali ni ubat jaga ye Izaa. Okey? Assalamualaikum!
Mini studio di bilik tidur, ada gitar akustik, micro amplifier, keyboard & portable electronic drum ;)