Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat sejahtera
Perjuangan dalam pengajian sarjana muda masih diteruskan.
Semester 3 adalah semester yang sangat tough dan padat walaupun baru semester
3, belum lagi final year semester 7 – 8 nanti haa matilanak!
Semester ini, Iza banyak sertai event sebagai biro atau AJK
program. Bukan senang nak bahagi komitmen antara persatuan akademik dan kelab
dalaman UiTM (non-akademik), nak study untuk test, nak focus pada lecture time,
perlu bijak seimbangkan komitmen tugasan, kena pandai uruskan masa dan yang paling
mencabar adalah menjalani kehidupan sebagai pesakit epilepsi. Kadang-kadang ada
meeting berjalan serentak dan Iza sampai tak tahu nak join yang mana & bahagi-bahagi
badan macam mana huhu.
Dinner Malam Tautan Budaya EHSAn 2018
Iza kalau boleh tak nak bercerita terlalu panjang, tapi bila
dah menaip ni, hmm tak nak berhenti. Apa yang Iza tulis kali ni adalah hanya
untuk sebagai memori dan kenangan. Mana tahu, dapat beri inspirasi pada pembaca
blog Iza. Jadi, post kali ni Iza nak share segala apa yang Iza dah buat
sepanjang semester ini dan kesemua pencapaian hidup Iza sepanjang bergelar
pelajar Semester 3 Sarjana Muda Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran
(Kepujian) di UiTM Puncak Alam. Semoga dapat beri inspirasi pada kita semua.
Environmental Health and Safety Students Association (EHSAn),
Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Puncak Alam Sesi 2017/2018
Pengarah Program EHSAn Mini Orientation 2018
Tugas Iza sebagai Exco Kepimpinan dan Pembangunan Insan
dalam Environmental Health and Safety Students Association (EHSAn) sesi
2017/2018 adalah di samping membantu pentadbiran persatuan, kami perlu
mengendalikan program berteraskan kepimpinan. Jadi, Iza diberi peluang sebagai pengarah program untuk mini orientasi khas diadakan untuk pelajar
baharu semester 1 (lepasan program matrikulasi/asasi) dan semester 3 (lepasan
diploma).
Ahli Jawatankuasa EHSAn Mini Orientation 2018
Peserta & AJK program
Banyak program anjuran EHSAn yang Iza juga sertai sebagai
exco atau biro. Macam-macam tugas yang Iza laksanakan demi persatuan. Biro
program, floor manager, stage manager, buat skrip emcee, biro sijil, biro
tugas-tugas khas, dan banyak lagi.
Antara program yang Iza pernah handle:
- Let’s Speak English
- Annual General Meeting EHSAn 2018
- EHSAn Go Fitness 3.0
Persatuan Kesenian & Kebudayaan (PERSENI) UiTM Puncak
Alam Sesi 2017/2018
Semester ini last Iza bergelar sebagai Exco Kebajikan &
Kaunseling untuk Kelab PERSENI. Dalam pentadbiran artis budaya, Iza sebagai
Exco Muzik & Nyanyian. Memang seronok join kelab ni sebab memang dah lama
sangat Iza nak join kelab kesenian macam ni dan akhirnya tercapai juga hasrat.
Banyak memori kami cipta bersama, banyak event kami handle, and it was an
awesome moment dapat kenal dengan rakan-rakan yang tak sama course malahan tak
sama fakulti dengan kita.
Okey, di atas adalah cerita Iza handle event dan persatuan.
Cerita di bawah ni Iza paling excited nak cerita walaupun sebagai peserta.
Guitarist THE BORNEO
Kami mewakili Kolej Dahlia UiTM Puncak Alam dalam
Pertandingan Band KARYAKU 2018 anjuran UiTM Shah Alam pada 21 November 2018 di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam. Pertandingan
ini melibatkan kesemua UiTM cawangan Selangor. Sebelum itu, sesi uji bakat
dijalankan dan Iza memang cepat-cepat ambil peluang ini untuk tonjolkan diri.
Apa lagi? Ajak member Iza yang talented, Aida untuk join sekali. Yang bestnya
dapat jumpa member baru dari fakulti yang berbeza, dapat jamming dalam studio
sama-sama, dapat try main instrument lain, pendek kata memang best lah.
Jamming di High Castle Studio
Soundcheck P.A. system
THE BORNEO
Semasa persembahan ^___^
Ini link YouTube untuk persembahan kami, kalau sudi tonton:
Walaupun kami tak dapat kemenangan dalam apa-apa anugerah
ataupun tempat, tapi kami dah cuba yang terbaik. It was a great experience
dapat join pertandingan ni.
Rakaman persembahan pertandingan serta video latihan kami
sepanjang kami praktis ada dalam channel YouTube. Boleh singgah ke channel: Izaa13
Perform & sharing stage with UKAYS
Kami dapat peluang buat persembahan semasa Festival Megafest
Havoc yang diadakan di dataran fakulti/tapak parking bersebelahan Fakulti Sains
Kesihatan. Yang paling bestnya, kami dapat perform atas stage sebelum Ukays
buat persembahan. Kiranya kami share stage dengan Ukays. Ha bukan calang-calang
Ukays ni tau, band paling legend kot sejak dari zaman Iza belum lahir.
Inilah kali pertama Iza dapat buat persembahan depan ramai
orang, depan kawan-kawan, dan yang paling istimewanya, Kakak dan Abang Ipar pun
dapat tonton Iza perform kat atas stage. Betapa bangganya dapat berdiri atas pentas dan
family kita tengok bakat yang kita ada. Cewahhh. Kebetulan Kakak memang datang
dari Johor masuk booth expo ni untuk perniagaan yang diusahakannya iaitu jualan beg
tangan.
Sebelum kami join pertandingan band yang Iza cerita kat atas, waktu ni la kami diberi peluang untuk buat
persembahan santai untuk tingkatkan keyakinan diri sebelum pertandingan.
Inilah juga kali pertama dapat jumpa musician kumpulan yang
terkenal di tanah air, Ukays. Semua otai-otai dan legend. Diorang memang power
bila tengok depan mata. Walaupun ahli kumpulan dah bertukar-tukar, tapi Ukays
tetap Masih Berbisa.
Ukays tengah soundcheck sebelum show
Pengalaman macam ni mahal tau. Bukan senang nak dapat.
Pengalaman ni ibarat mimpi jadi realiti. Peluang ni dapat menggerakkan Iza ke
arah satu langkah ke hadapan. Kiranya the best memories dan paling awesome
dalam hidup Iza. Salah satu pencapai terbaik yang Iza pernah buat dalam hidup.
Rakaman kami buat persembahan juga ada di channel YouTube Iza kalau nak singgah tengok :)
Okey, perenggan di bawah ini adalah the main point Iza tulis entri
ni.
Apa yang Iza nak highlightkan di sini ialah, tak ada alasan untuk
Iza kata tak boleh walaupun Iza masih bergelumang untuk terus kuat dalam
menjalani hidup sebagai pesakit epilepsi. Rasa rendah diri itu memang sentiasa
ada. Cabaran paling besar yang Iza perlu hadapi antaranya bila kita mula rasa
nak tumbang, rasa tak sihat, aura menyerang sewaktu praktis band, tekanan dari
orang sekeliling, stress, terlampau penat, tak cukup rehat, mata rabak tak
cukup tidur, terlupa makan ubat, kerisauan melanda bila fikir takut sangat nak
tidur sebab risiko kena seizure sangat tinggi waktu tidur. Tidur tersentak
sikit pun dah rasa takut sangat. Tidur pun tak lena bila fikir takutnya kalau kena
seizure.
Never judge my physical appearance because epilepsy patient also having a normal life such as other person. We also deserved to live like other normal people.
Lepas tu, Iza kena cuba disiplinkan diri untuk makan ubat
walaupun dah lewat dari masa yang sepatutnya. Iza kena kuatkan semangat telan
pil yang memang dah wajib kena makan tiap-tiap hari supaya dapat kawal serangan seizure. Bila difikir balik, kita banyak komitmen dan tugas yang perlu kita buat,
contohnya esok siang ada presentation, petang kita ada event kena handle
sebagai biro, malam pun berterusan handle event dan kadang-kadang berterusan 2
hari, secara automatik kita dapat kekuatan untuk makan ubat untuk teruskan hidup.
Bila fikir kita ada jadual latihan band untuk praktis muzik, kalau kita sakit,
kalau seizure datang, kita dah tertinggal latihan, lepas tu mesti rasa rugi kan? Dari
situ la, Iza dapat cari kekuatan untuk paksa diri dan bersemangat untuk makan
ubat. Stay strong!
Gitar kesayangan
Pinjam Ibanez member. Gitar akustik tu Iza punya :)
Belajar main drum
Satu lagi kelemahan Izaa juga seorang yang kurang keyakinan
diri. Dalam meeting persatuan, dalam mengendalikan program, orang pun boleh
nampak kelemahan kita. Jadi, melalui penglibatan dalam persatuan dan kelab, Iza
dapat baiki diri ke arah yang lebih baik. Iza dapat tingkatkan keyakinan diri,
jadi lebih berani, buang rasa rendah diri, ketepikan sifat malu, tonjolkan
diri, bawa imej yang baik, dapat asah kemahiran berkomunikasi, dan cuba
dapatkan persekitaran yang positif. Bermain alat muzik ni pun sebenarnya dapat
beri persekitaran yang positif dalam diri kita. Iza anggap latihan bermain
gitar juga adalah salah satu terapi untuk merawat masalah neurologi yang Iza
hidap.
Team Exco Kepimpinan & Pembangunan Insan yang sangat awesome
Rakan-rakan dalam persatuan banyak yang membantu Iza
terutamanya pasangan exco kami dalam tampuk kepimpinan. Tanpa bantuan diorang,
Iza tak akan dapat berjaya menjadi seorang pengarah program. Rakan-rakan lain
juga sentiasa beri tunjuk ajar bila kita tak tahu sesuatu. Kami saling beri
semangat dan nasihat sesama sendiri. Kau boleh, Iza boleh. Yes, sokongan macam
ni yang kita perlu.
Dalam penglibatan Iza sebagai guitarist dalam band muzik,
banyak perkara Iza belajar. Iza kena bersungguh-sungguh untuk capai apa yang
Iza nak. Jangan putus asa. Jangan give up. Eh, bukan sama ke tu? Haha. Erti
pengorbanan itu memang kena belajar. Titik peluh kami sepanjang lebih sebulan
untuk persediaan pertandingan, cuma kami je yang tahu penat lelahnya.
Semoga dapat jadi seorang guitarist yang baik satu hari nanti :)
Penglibatan dalam berpersatuan ni seronok tau sebenarnya,
bukan setakat mengharapkan sekeping sijil. Kalau setakat join untuk hanya
sekeping sijil, kita tak akan dapat apa-apa. Kena ingat balik, tujuan kita
berorganisasi dalam persatuan, bukan semata-mata nak jawatan atau penghargaan.
Sebenarnya ia adalah amanah, jangan disifatkan sebagai beban. Amanah yang
dipikul ini sebenarnya dapat membantu diri kita, dapat asah soft skill yang
kita tak akan dapat dari dalam dewan kuliah, sebab pensyarah tak akan ajar soft
skill, kemahiran ini cuma boleh dapat dari berorganisasi dalam persatuan.
Dalam masa yang sama, selepas tamat perkhidmatan di dalam kedua-dua
persatuan untuk semester ini, Iza cabar diri untuk ke peringkat yang lebih
tinggi. Iza sahut cabaran untuk datang temuduga sebagai Sekreteriat Mahasiswa
Fakulti (SMF) Fakulti Sains Kesihatan untuk sesi 2018/2019. Dan Alhamdulillah,
Iza berjaya melepasi temuduga dan secara rasminya menjadi sebahagian ahli
Sekreteriat Mahasiswa Fakulti. Yang pastinya amanah lagi besar untuk dipikul,
dan cabaran mendatang akan jadi lebih besar, sebab, ini adalah tugasan di peringkat
fakulti, bukan cuma di peringkat persatuan ye. Jadi, Iza ucapkan selamat
berjaya dan selamat menjalankan tugas kepada diri sendiri !
Akhir kata, apa-apa kita buat, jangan kata tak boleh. Kita
mesti boleh. Iza mungkin seorang penghidap epilepsi, tapi Iza pun boleh buat
apa pelajar lain boleh buat. Punya masalah neurologi tak menghalang Iza dari
berorganisasi dalam persatuan, tak menghalang Iza dari menjadi seorang pemain
gitar, dan tak menghalang Iza dari buat apa yang Iza nak. Jadi, apa yang Iza
harapkan, semoga komuniti kita sentiasa bersemangat lakukan apa yang kita nak. Apa kita nak, kita boleh buat. Orang lain boleh, kenapa kita tak boleh? Betul kan?
Sekian, Assalamualaikum!
P/S: Salam takziah kepada keluarga sahabat seperjuangan kita, allahyarham Mohd Nor Musa, semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman & ahli syurga. Sahabat seperjuangan Iza di alam maya dalam melawan epilepsi. Beliau antara yang sentiasa menyokong Iza menulis blog. Terasa kehilangan beliau. Al Fatihah.
Mencari pengenalan tentang program ni? Boleh klik post ni, update terbaru, harap membantu bakal junior & adik-adik di luar sana:
Sarjana Muda Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran (kepujian) UiTM Puncak Alam