27 April, 2018

Big win for me in April

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum & salam sejahtera! Lama rasanya tak update blog. Semester ni Iza memang busy dengan banyak program & event yang Iza masuk. Jadi, Iza nak cerita tentang kisah yang dah berlaku pada bulan April ini sepanjang study di UiTM ni. Dan nak share la sikit pencapaian yang paling tinggi dalam hidup yang Iza pernah capai yang telah berlaku sepanjang bulan April ni. So, get ready nak tengok post yang panjang berjela & gambar-gambar yang Iza nak share ye hihi. Antaranya:

  1. Bergraduasi bagi program diploma
  2. Mewakili fakulti dalam Battle of the Band

Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA kali ke 88

Okey, mula-mula nak share pasal pengalaman Iza konvo di Dewan Biduanda, UiTM Rembau, Negeri Sembilan dalam program Diploma Mikrobiologi. Akhirnya, setelah merangkak-rangkak nak menghabiskan diploma, akhirnya Iza berjaya tamat waktu tahun 2017 dan dapat konvo setahun selepasnya iaitu pada 9 April 2018 yang lalu. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi atas limpah kurniaNya, dapat merasa pengalaman yang julung-julung kalinya Iza dah lama tunggu dan dah lama menyimpan hasrat ni sewaktu di sekolah menengah. Tapi, sejak Iza tadika lagi Iza dah berhasrat nak dapat masuk univerisiti, syukur dapat juga realisasikan impian Iza sejak kecil dan sekarang sedang gigih meneruskan pengajian di peringkat ijazah pula. Doakan Iza dapat menyarung jubah konvo untuk degree ni pulak ye!



Syukur impian tercapai

Officially graduated with Diploma in Microbiology

Skroll rasmi UiTM

Iza rasa, Mama lagi layak sarung jubah konvo ;')

Semoga mama & abah sempat melihat
 Iza berjaya pada masa akan datang

Setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Illahi kerana impian Iza termakbul, setinggi-tinggi ucapan terima kasih pada Mama, insan yang melahirkan Iza, yang banyak mendoakan Iza kuat sepanjang menempuh pengajian, Abah, yang banyak berkorban wang ringgit, memerah keringat membanting tulang bekerja keras semata-mata untuk Iza dapat sambung belajar, Kakak & Abang Beso (abang ipar) dan juga Babang & Kak Ekin (kakak ipar) yang juga banyak berkorban wang ringgit dan masa, keluarga Iza yang tolong angkat barang waktu awal semester & habis semester, hantar Iza balik UiTM setiap awal semester, ambil Iza balik kampung setiap hujung semester dengan luggage & barang-barang Iza yang sangat banyak tu hehe, tak lupa juga anak buah kesayangan yang teman mak usu, sayang Nisa & Ara. Nanti dah besar masuk universiti tau.


Abah tengah baca transkrip rasmi/skroll :)

Orang kuat di sebalik tabir kejayaan Iza menamatkan diploma

Terima kasih pada semua pensyarah dan staff zaman Diploma in Nursing di UiTM Puncak Alam. Terima kasih yang bantu Iza masa kes pertukaran program hingga selesai. Terima kasih pada semua lecturer zaman Diploma Mikrobiologi UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Tanpa ilmu yang mereka curahkan, apalah kami semua. Tak lupa juga staff pembantu makmal, tanpa tunjuk ajar mereka, kami pun takkan dapat buat amali waktu makmal dan FYP (final year project). Tahniah pada semua sahabat seperjuangan Iza yang berjaya tamatkan pengajian dengan jayanya. Susah senang kita bersama, air mata menemani titis keringat kita sepanjang pengajian, but you guys did it well. Sama-sama kita saling bagi semangat bila salah seorang dari kita give up, sama-sama tunjuk ajar bila tak faham subjek, dan terima kasih yang selalu ingatkan Iza supaya jaga kesihatan, tak lupa makan ubat, & mendoakan Iza. Walaupun ada yang tak dapat konvo sama-sama, tapi persahabatan kita tak putus macam tu je.


Rakan sekelas & sahabat praktikal
Sebahagian sahabat Iza

Ini staff polis bantuan masa diploma. Legend ah hahaha.

Acah-acah macam seorang doktor. Tak dapat
jadi medical officer, Doctor of
Philosophy (PHD) mungkin? InsyaAllah

Terima kasih juga pada keluarga terdekat, sanak saudara, sepupu, nenek-nenek yang juga selalu titipkan doa dari kampung supaya Iza kuat, sepupu-sepupu & ayah-mak saudara yang banyak bantu Iza especially masa kes kena tukar program hingga selesai, dan semua la, semoga bantuan korang mendapat balasan setimpal, kalau tak di dunia, akhirat pun dapat ganjarannya.

Tak lupa juga, kucing-kucing kesayangan Iza yang selalu kena tinggal kat kampung bila Iza study kat UiTM. Tak tahu la diorang tu faham ke kena tinggal tuan sebab tuan dia belajar kat universiti haha. Tapi nak buat macam mana, ini la yang dinamakan pengorbanan. Ingat senang ke berjauhan dengan kucing kesayangan? Susah tau! Kadang-kadang homesick pasal rindu sangat dengan kucing je tau hehehe. Hmm, tapi waktu konvo Iza tak dapat nak bawa kucing Iza yang sekarang ni, Momot datang ikut Iza konvo. Susah nak bawa dia sebab dia takut orang kalau dia tak biasa dengan orang tu, & dia tak pernah jalan jauh, jadi sorry ye sayang tak dapat nak bergambar dengan Momot pakai jubah konvo. Tapi, Iza ada satu idea, bawa teddy bear kucing yang Iza beli tahun lepas, nama dia pun Momot, sebab memang Momot versi teddy bear haha. Peduli apa orang tengok pun Iza tak malu pun pegang teddy bear.

Momot si kucing sayang
Kalau boleh nak ajak dia datang konvo tapi tak dapat hehe
Iza bersama Momot si kucing versi teddy bear (ini je yang mampu)

Walaupun tak dapat konvo sama-sama, tapi ada seorang member ni, gigih nak jumpa hehehe. Masa dia konvo, Iza jumpa dia kat Port Dickson, ala-ala pre-konvo la dengan dia. Kali ni, kitorang jumpa kat Sepang pulak. Al-kisahnya Farah ni dah bagi hadiah konvo gigih dia pos sampai rumah. Dan Iza pun dapat la hadiahnya, tapi bila jumpa dapat lagi hehehe. Bertambah la koleksi teddy bear Iza lepas ni. I will take care of it baik-baik. Thanks Farah.


Hadiah bunny warna pink, dah boleh geng dengan
Momot versi teddy bear ;)
Ini pulak beruang Farah punya, jadi kami sama-sama
ada barangan kenangan konvo bersama hehehe sweetnya
Comelnya teddy bear konvo & dapat coklat.
Hadiah semua warna pink sebab best friend
faham warna favorite kita haha.

Close-up sejambak bunga hello kitty kakak
kirim dari jauh comel juga
Hadiah beg hello kitty beli untuk diri sendiri
beli kat Guardian je hihi

Pengalaman konvokesyen ni memang satu kenangan yang paling indah dalam hidup. Dan Alhamdulillah bertambah indah apabila Iza dapat sambut hari graduasi bersama insan tersayang, mama & abah. Kalau boleh nak juga ahli keluarga lain & kucing kesayangan turut sama tapi banyak kekangan. Cukuplah dua orang insan di balik tabir ini. Semoga mereka sempat melihat Iza berjaya pada masa akan datang, dan masa Iza berkahwin nanti (hmm tapi calon tak ada lagi huhu siapa berhasrat nak jadi calon imam boleh pm tepi).



Pertandingan nyanyian WIRASA, Battle of the Band 2018 UiTM Shah Alam


Pertandingan ni dijalankan dari 9 April hingga 21 April bagi tahun 2018. Kategori yang dipertandingkan contohnya nyanyian solo moden, nyanyian berkumpulan, nasyid, teater lakonan, tarian, puisi dan nyanyian band. Setiap kategori pertandingan dijalankan pada tarikh yang berbeza. Pertandingan disertai oleh semua kampus cawangan UiTM Selangor, iaitu UiTM Shah Alam, UiTM Puncak Alam, UiTM Puncak Perdana & UiTM Sg Buloh. Waktu uji bakat ni Iza pun terhegeh-hegeh la ajak member Iza, Aida untuk uji bakat sama-sama. Aida la satu-satunya member Iza yang berbakat besar dalam main alat muzik ni. Iza cuma reti main gitar je huhu. Aida berbakat dalam main gitar, piano/keyboard & drum. Kitorang berkenalan pun sebab muzik haha. Jadi bila Iza ajak audition, dia pun on je, kami pun gigih datang uji bakat tu. Hal terpilih atau tak itu lain cerita. Tapi tak sangka pulak akhirnya kami terpilih untuk pertandingan band ni haha, termasuk orang lain, kami disatukan menjadi sebuah band. Ini la the first time Iza join pertandingan dalam band dan wakil fakulti pulak tu wah ni peluang keemasan yang dah lama Iza tunggu.


Iklan audition, tanpa berfikir panjang, terus ajak Aida hahaha

Tentatif pertandingan. Kategori Band 21/4/2018

Screenshot dari instagram Pusat Kebudayaan UiTM

Semasa uji bakat. Gigih datang audition haha.

Jadi, kami gigih praktis setiap minggu kat Studio Getaran Seni, Kolej Rafflesia UiTM ni. Gigih tau kitorang jalan kaki waktu malam, Iza mesti la bawa gitar akustik tapi ringan sikit, Aida lagi la, bawa keyboard dia yang besar tu, kadang-kadang bawa gitar elektrik dia, pergh berat tau, lepastu jauh tau studio tu dari kolej kediaman kitorang, tapi semata-mata nak berlatih, semua kami sanggup redah, hujan, panas, keringat membasahi baju semua kami redah je. Ada juga praktis kat studio luar di Shah Alam, waktu hari terakhir latihan. Sanggup pergi jauh-jauh & drive sendiri untuk praktis kaw-kaw punya. 


Studio Getaran Seni, Kolej Rafflesia, UiTM Puncak Alam
atau Iza bagi dia gelaran studio getaran tulang rusuk



Member punya, doakan Iza dapat beli gitar elektrik
Fender warna pink eh ;)
Member punya juga, harap satu hari nanti Iza
dapat belajar main keyboard & mampu beli hehehe.
Dapat try main drum. Harap dapat belajar
main drum jugak satu hari nanti.
Go Izaa go!
Excited dapat try praktis dengan gitar elektrik

Bila dapat sertai satu kumpulan band macam ni, secara tak langsung,Iza dapat belajar banyak perkara penting. Ha, tak semestinya belajar main alat muzik ni perkara tak berfaedah. Banyak manfaatnya juga. Tak tahu, cuba dulu. Dalam hidup kita, kita kena sentiasa berani mencuba, contohnya Iza dah 2x masuk pertandingan, 1st pertandingan secara solo iaitu nyanyian sambil main gitar akustik, memang teramat berani masuk pertandingan tu macam tak percaya Iza memang berani, sebab nak cuba je, tak menang pun tak apa, yang penting dah cuba, dah berani nak join itu pun dah dikira menang pada diri Iza. Walaupun nervous, menggigil suara depan mikrofon, tapi penonton & juri semua sporting, diorang semua support Iza & nyanyi sama-sama masa Iza perform, and that was a really good experience tau.



Ini la waktu Iza join Buskers Competition, nyanyian sambil main gitar secara solo. Kali pertama buat persembahan & pertandingan depan orang ramai. Walaupun malu sangat masa tu, nervous, tapi Iza kagum dengan diri Iza, at least dah berani tak macam dulu, dapat gain self confidence & pengalaman baru.

Okey, berbalik pada kisah band ni, mula-mula Iza rasa give up. Bila Iza kena main gitar lain daripada basic chord yang Iza tahu, Iza memang rasa down sangat. Iza kena guna power chord, dan memang lain dari yang lain yang biasa Iza main. Mula-mula Iza dah menangis mengadu kat Mama sebab Iza tak rasa Iza boleh buat. Mama pulak cakap kalau tak boleh, tak payah la, tapi Iza kena jugak, jadi Mama support Iza, cuba dulu. Iza rasa tak boleh tapi Iza tetap bersemangat nak belajar power chord ni. Syukur juga dalam masa yang sama member dalam team band ni sentiasa tunjuk ajar apa yang Iza tak tahu, betulkan apa yang Iza salah, & sentiasa support Iza. Iza boleh. Kalau orang lain boleh, kenapa Iza tak boleh? Jadi Iza pun merangkak-rangkak la belajar power chord tu, sakit jari, tangan terseliuh, itu perkara biasa la. Alhamdulillah, dari hari ke hari, minggu ke minggu, Iza dapat menguasai power chord ni. Alhamdulillah, nampak prestasi Iza semakin baik dari semasa ke semasa. Dulu kekok, sekarang dah boleh :)

Waktu terkial-kial praktis, Iza boleh!
Gigih praktis tiap hari, jari sampai sakit kematu
hal biasa kalau main gitar, itu namanya kepuasan :D
Gitar member yang Iza guna waktu perform

Tibalah hari persembahan. Oh ye sebelum tu, 20 April kami kena buat soundcheck dulu. Hari soundcheck kami bawa lagu Situasi oleh Bunkface. Hari pertandingan 21 April 2018. Jadi, 2 hari la kami kena gerak ke UiTM Shah Alam. Ada peringkat saringan dan final. Kami plan lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza untuk saringan dan lagu Rela (chorus dia: demi cinta, yang menyala kurela menggenggam bara api) untuk peringkat finale. Tapi sayangnya, kami tak dapat sampai ke peringkat final. Saingan memang sangat sengit. 17 buah fakulti bertanding dan cuma 8 buah band sahaja yang layak ke final. Jadi, kami tak dapat perform lagu Rela tu huhuhu.

Tapi walaupun tak menang, dapat peluang perform atas pentas dekat Dewan Agung Tunku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam tu memang satu pengalaman yang paling tak dapat dilupakan. Walaupun belum dapat merasa konvo kat situ, tapi dah dapat buat persembahan kat atas pentas. Dah la pentas dia besar tau. Serius, best sangat, kitorang memang enjoy dapat berdiri atas pentas tu. Iza lagi la, dapat main gitar kat atas tu, lagi la enjoy, sebab dapat buat perkara yang kita suka & kita minat. And one more thing, happy dapat join teammates yang awesome macam diorang. Next time nak join lagi please, nak collabrate lagi boleh? Hihihi


Geng dalam Band kami
Dari kiri anda: Aida (drummer), Iza (guitarist-acoustic), Afiq (Bass),
Razhi (gutarist-electric solo), Mawar (vocalist) & Pija (keyboard)

Tapi bila berdiri atas pentas, Iza tak nervous pun,
enjoy je sepanjang performances ni.

Tema persembahan: Melodi 90-an

Daripada sepanjang pengalaman Iza menyertai band ni, Iza belajar supaya tak cepat rasa putus asa juga. Dari awal Iza merangkak-rangkak nak tekan tali gitar sampai boleh, dan dah dapat perform tapi tak menang, its okay Iza. Yang penting kita dah cuba yang terbaik. Yang penting, pengalaman itu mahal tau. Bukan senang nak dapat pengalaman macam ni. Iza juga belajar memanfaatkan segala peluang yang ada di depan mata. Ada peluang depan mata, kena berani, lepastu cuba, kalau tak dapat sampai ke peringkat atas, kita cuba lagi akan datang. Sentiasa perbaiki kelemahan diri.

Selain itu, hidup memerlukan pengorbanan. Nak capai impian, kita kena banyak berkorban, wang riggit, masa dan tenaga. Iza sanggup tahankan diri tak balik kampung di Batu Pahat sebab semata-mata nak praktis untuk team band ni. Iza kena bertahan tak jumpa kucing kesayangan. Tapi bila ada beberapa hari tak dapat join praktis band sebab kena balik kampung preparation nak konvo, rasa rugi juga tak dapat join team buat latihan. Tapi nak buat macam mana, nak konvo punya pasal kan? Haha.

Belajar muzik ni seronok tau. Cuma Iza je yang tak dapat peluang nak belajar alat muzik secara formal. Tapi bila ada peluang besar join pertandingan yang agak besar pada Iza, Iza rasa syukur sangat sebab diberi kepercayaan nak join. Jadi, tak sia-sia selama ni Iza bertatih perlahan-lahan belajar main gitar, walaupun belum advanced lagi. Harap lepas ni further lagi jauh, boleh sertai lagi show atau pertandingan, sebab Iza memang menunggu peluang macam ni. Iza juga akan cuba perbaiki diri & teknik main gitar. 

Iza merasa bangga dapat mewakili Fakulti Sains Kesihatan UiTM Puncak Alam dalam pertandingan battle of the band ni. Satu pencapaian yang agak besar bagi Iza sebab wakil fakulti tau, bukan wakil program/course je hehe. Kalau fakulti ni besar tau, kalau setakat wakil program ni kecil sikit hehe. Iza juga dapat ramai kawan baru dan senang rapat dengan diorang. Diorang memang sporting habis. Iza juga dapat ramai kenalan baru dari course lain antaranya nursing, optometry, & medical imaging. Lagi ramai kawan, lagi best kan hidup kita? And dapat la tambah member nursing/jururawat & Iza excited la dapat geng dengan diorang sebab dulu Iza ex-student nursing hehe. So, pecah la rahsia yang Iza pernah study nursing zaman tahun 2013 ni & kena tukar program sebab epilepsi yang Iza hidap.


Team PIC & Band Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Puncak Alam
#fskpower #fsksynergy #fskeverywhere
Team FSK memang awesome!
Pass masuk sebagai peserta :D

Ini link ke YouTube segala aktiviti kami sepanjang WIRASA, atau you guys boleh terus ke channel Iza, semua rakaman ada kat situ, search di YouTube: Izaa13


Link youtube rakaman semasa kami latihan: 


Jadi, itu la serba sedikit coretan manis Iza bergraduasi dan juga sertai pertandingan band. Walaupun selalu rasa lemah semangat bila fikir banyak cabaran Iza sebagai penghidap epilepsi, tapi Iza berjaya juga tamatkan pengajian diploma. Walaupun Iza menghidap masalah neurologi, tapi itu tak membataskan Iza untuk buat apa yang Iza nak, untuk capai segala impian yang Iza idamkan. Dan korang juga semua yang sedang baca post Iza, Iza harap korang pun dapat capai apa yang korang nak, jangan give up, dan sentiasa berani mencuba. Ubat jangan lupa makan ye Izaaaa hehe. Assalamualaikum jumpa lagi akan datang!