07 August, 2017

Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM (Sarjana Muda Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum!

Hehe walaupun belum tentu orang baca entri kali ni tapi Iza tetap juga rasa nak curahkan tulisan. Bila baca post di blog orang pasal dapat tawaran study, Za pun rasa nak menulis juga la. Mana tahu akan datang adik-adik yang rajin google tu baca pulak blog Iza hehe. Okey, sekarang Iza dapat berita gembira. Keputusan permohonan penerapan pelajar semester akhir diploma UiTM sesi 2017/2018 dah pun diumumkan. 

Firstly, Iza memang tak tahu menahu tarikh dia akan diumumkan. Bila member Whatsapp, kak Faziera inform petang tu jam 3 pm result keluar, baru la tahu haha. Betapa teruknya saya. Result tu diumumkan satu hari selepas result UPU diumumkan. Iza memang tak nak fikir sangat pasal tarikh pengumuman tu sebab takut kecewa kalau tak dapat penerapan ni. Sebab Iza dah pernah rasa gagal waktu permohonan UPU selepas SPM tu. Tuhan je la tahu betapa sedihnya. 

Alhamdulillah kali ni permohonan Iza berjaya dan ditawarkan untuk melanjutkan pengajian dalam program Sarjana Muda Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran di bawah Fakulti Sains Kesihatan di UiTM Kampus Puncak Alam. Iza diterima dari penerapan semester akhir Diploma Mikrobiologi UiTM Kuala Pilah (semester 6). 

Alkisahnya, member classmate Iza ramai dah dapat penerapan ni pasal diorang tak ada latihan industri. Jadi semester 5 diorang dah boleh apply. Iza tak layak apply semester 5 sebab Iza perlu menjalani latihan industri pada semester 6 disebabkan Iza ikut sistem batch senior sebab Iza pernah tangguh pengajian & cuti khas waktu pertukaran program dari Diploma Kejururawatan UiTM Puncak Alam. Ini semua sebab epilepsi juga tapi Iza dah redha tak ada rezeki nak jadi nurse. 

Iza tak ambil kisah hal masalah neurologi Iza iaitu epilepsi bila nak sambung degree dalam sains kesihatan ni. Sebab Iza bukan dibanned terus dari fakulti ni, cuma dahulunya pihak Jabatan Jururawat sahaja yang tak benarkan Iza involve dalam nursing ni. Kalau Iza diblacklist, sepatutnya waktu apply dia dah banned Iza kan? Tak apa, course kali ni bukannya 24 hours nak merawat pesakit kan. Bukan sepenuhnya kat hospital kan? Jadi, Iza tetap nak sambung dalam bidang kesihatan ni sebab memang passion Iza.

Bila terpampang je perkataan tahniah, under sains kesihatan & lebih-lebih lagi dapat kampus kesayangan hamba iaitu PALAM, Ya Allah rasa nak mengalir air mata betapa gembiranya Iza! Iza memang dah berniat nak further study kat PALAM lagi waktu degree. Memang teruja la bila impian tu dah nak tercapai. Walaupun tak dapat jadi pharmacist seperti yang diinginkan pada waktu mulanya, Iza redha. Mungkin bukan rezeki nak jadi pharmacist. Lagipun, tengok pointer Iza rasa tak layak dan memang tak mampu.


Surat tawaran penerapan

Course ni memang first choice Iza dalam permohonan tu. Masa nak mohon tu, kalau tengok pointer, hmm lepas la kot, tu yang Iza cuba mohon je. Waktu link permohonan tu dibuka, Iza intern di UPM. Awalnya, Iza macam malas nak mohon sebab masa tu Iza mengalami homesick yang sangat parah waktu praktikal di UPM. Tak ada semangat untuk praktikal, asyik nak nangis, mengadu kat Mama tiap hari nak balik, setiap minggu sanggup balik Batu Pahat, rasa takut macam gangguan pun ada, dan kemurungan berpanjangan. Semua ni ada kaitan dengan masalah epilepsi Iza jugak. 


3 pilihan program yang Iza pilih

Waktu Iza dapat bertenang, Iza dapat kekuatan dari orang sekeliling, dan boleh berfikir secara waras, Iza pun cuba la apply penerapan ni. Dapat tak dapat, tu lain cerita. Kalau dapat, rezeki. Kalau tak dapat, Iza tak rugi pun. Sebab masa tu Zaa memang tak ada semangat nak sambung degree sebab dah cukup stress study diploma ni. Tapi, yang beri kekuatan ni juga, antaranya ialah sebab Iza masih ingat impian Iza nak sambung degree, bila tengok pointer pun memenuhi syarat kelayakan, lepas tu nak study kat PALAM lagi, and tetap nak juga further dalam bidang health science, dan semestinya nak tingkatkan taraf pendidikan la, sebab Iza belum puas lagi setakat ada diploma ni walaupun belum konvo huhu. So, dari sebab-sebab itu la Iza kuat hati nak apply penerapan ni. 

Waktu mohon, Iza dah survey 3 pilihan tu. Memang ada kemungkinan dapat antara salah satu tu kan. Kalau fisioterapi, Iza kena sedia la nak menghafal bahagian tulang rangka manusia macam waktu nursing dulu. Ulna, radius, femur, carpals, metacarpals, metatarsals, phalanges... Ingat lagi tau walaupun dah lama tinggalkan nursing tu huhu. Kalau dietetik, Iza akan berhadapan dengan perkara yang menjadi kegemaran ramai orang, iaitu makanan.

Last, bila survey kesihatan dan keselamatan persekitaran, Iza akan deal dengan kawalan penyakit, kawalan kualiti air, alam sekitar, makanan, kebersihan, industri dan semestinya more to environment la. Ok, kelihatannya variasi sangat and Iza memang ada minat dengan alam sekitar, jadi Iza pilih course ni sebagai pilihan first dan pilihan yang paling berminat. Alhamdulillah, syukur dapat juga course ni. Ikut hati bila baca surat tu, memang dah confirm la nak pergi. 

Tapi....... Ada tapinya juga....

Bila beritahu Abah, beliau macam tak setuju Iza nak sambung study, sebab dia mungkin tak mampu. Abah nak suruh Iza cari kerja je. Tapi Iza tetap nak sambung study lagi. Hmm, Iza dah fikir dari dulu lagi hal ni. Kali ni Iza memang nak mohon pembiayaan PTPTN tu. Sebab waktu diploma Iza tak mohon PTPTN, cuma memang biasiswa penuh dari PAMA, iaitu biasiswa Papa & Mama. PAMA bukan FAMA tau. Tapi lebih kurang je. Father & Mama. Tapi betul juga, sebab FAMA ni pertanian. Parents Iza bekerja dalam pertanian, sumber pendapatan memang sepenuhnya dari pertanian, jadi Iza gelarkan sebagai biasiswa PAMA la hehehe. Biasiswa ni automatik dapat tau, bila dapat tawaran study, dia automatik lulus tau hehe. 

Alhamdulillah Iza cukup keperluan waktu study diploma kat UiTM dulu. Kali ni Iza tak mahu la susahkan Abah. And Iza nak try mohon mana-mana bantuan kewangan atau pembiayaan untuk ringankan beban parents. How about gaji part time job haritu? Dah lesap ke? Hehehe. Ada la ciput jugak. Iza dah belanja wang tu untuk beli gitar idaman Iza. Takde la idaman pun sebab beli yang murah lagi, bukan macam Taylor yang Iza nak tu. Takpe, Mentreel pun okey la. Iza belum tahap pro lagi kalau nak beli yang mahal pun. Dan wang tu juga Iza beli smartphone baru. Hmm sebabnya smartphone lama asyik restart je, tu yang rasa nak hempas lantai. Bila nak trade in atau jual, macam murah sangat. So, tak jadi jual sebab macam sayang lagi. Bila dah ada yang baru, ya ampun, dia dah tak buat hal dah. Takde restart lagi macam dulu. Sabar je la. Iza tak menyesal pun belanja wang hasil gaji tu sebab aim kerja memang nak beli barang yang kita impikan.


Iza bersama gitar akustik kesayangan, Mentreel

Okey Mama pulak 50/50. Mama cuma risau kalau Iza tak mampu atau tak kuat nak menempuh alam ijazah. Sebab waktu intern je Iza tak tahan, lagi kan pula ijazah nanti? Nanti nangis-nangis mengadu nak balik kampung la, tak tahan la. Erkk tu rasanya every student pun merasa macam tu kan? Tapi Iza ikut kata hati. Iza boleh, Iza kuat. Jadi Iza pun pujuk Mama, memang la waktu intern Iza tak ada semangat. Tapi sarjana muda ni lain. Ni peluang datang hanya sekali. Ini salah satu matlamat hidup Iza jugak. Hati Iza kuat nak sambung study lagi. Iza masih ada semangat nak menempuh alam universiti. Iza masih mampu nak menuntut ilmu. Akhirnya, Mama pun redha. Mama tak kisah pun asalkan Iza sendiri kuat. Alhamdulillah Mama dah beri restu. Lagipun, bukan susah nak pujuk Mama sebab Mama memahami.

Kakak pula awalnya mengesyorkan Iza kerja tapi degree apply PJJ iaitu pelempang jarak jauh pengajian jarak jauh. Hmm Iza rasa tak boleh la kalau buat 2 benda dalam masa yang sama. Pada Iza, kalau nak kerja, baik fokus kerja sahaja. Kalau nak study, baik fokus study sahaja. Tapi last-last, bila tengok qualified ijazah ni Iza boleh dapat peluang pekerjaan yang baik, dia pun tak kisah. Hehe.

Babang pulak tak ada bantahan. Dia tak kisah pun. Lagi-lagi memandangkan Puncak Alam ni tak ada la terletak ceruk pedalaman macam kat Kuala Pilah tu, transport bas awam banyak, kemudahan kat situ pun lebih lengkap, jadi dia tak menghalang. Walaupun Babang dah tak duduk Banting, Iza tak kisah pun tak ada waris terdekat. Iza boleh jaga diri. Relaks, masa seizure ditahan kat sickbay unit kesihatan tu pun Iza tak menyusahkan waris. 

Kakak ipar pulak atau gelarannya kak cuk ataupun kakak oren/kakak oyen, cuma suggest Iza buat PJJ. Ini sebab awal permasalahannya Abah nak suruh Iza kerja tapi Iza nak study. Jadi, jalan ambil PJJ ni jalan terbaik la. Tapi Iza tak boleh nak bahagikan kerja sambil belajar. Iza tak boleh kot. Apapun, itu pendapat orang sekeliling. Bukan tak nak dengar, tapi kita tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Kita sendiri yang merancang masa depan kita. 

Oklah, InshaAllah Abah beri restu. Iza dah pun terima surat tawaran tu. Ini pilihan Iza. Sanggup lagi nak bersusah-payah menuntut ilmu kan. Ikut tarikh, lagi sebulan nak berperang ilmu ni. Counting days. Lepas ni tak ada istilah bermalas-malasan, terlebih tidur, main-main. Iza kena usaha. Doakan Iza berjaya tamat pengajian dengan sempurna and on time, tak nak extent sem hehe. Selamat berjaya wahai diri. Assalamualaikum.