Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum!
Ramadhan 1437H, hari ke 11.
Alhamdulillah bulan yang mulia dengan penuh keberkatan. Azam
bulan puasa Iza kali ni tak banyak. Cuma please, jangan tinggal solat langsung
please… Iza setakat ni berazam tak nak tinggal solat 5 waktu. Iza tak nak
tambah dosa Mama Abah. Nak berubah kan kena jaga solat dulu baru yang lain kan?
Alhamdulillah setakat ni solat tak pernah tinggal waktu bulan puasa. Itupun
sebab bangun sahur terus tunggu waktu Subuh. Kalau bulan lain, liat nak bangun.
Hangatnya selimut ‘kulit babi’. Tarikan daya gravitinya memang kuat.
Mengalahkan teori Isaac Newton, buah epal jatuh ke tanah dari atas pokok.
Magnet kutub Utara & Selatan memang tak dapat dipisahkan. U dengan Saya
memang kuat jodohnya chia chia chiaaa. Tapi U tu siapa? Ermm tak ada lagi Saya
masih single and available hehe.
“Hmm baru nak masuk 2 minggu lepas naik sem dah nak kena
pergi klinik lagi.” Aku mengeluh lagi. Kulihat TCA (To Come Again) yang
seterusnya jatuh pada 16 Jun 2016. “Macam baru jer haritu pergi klinik.” Iya,
walhal sudah 2 bulan lepas kali terakhir TCA
dilakukan di Batu Pahat sewaktu cuti semester panjang.
Tak payah pergi tak apa ke? Tak kena datang tak boleh ke?
Malas la. Syaitan gemuk kat sebelah kiri tak henti-henti menghasut.
Wajib pergi. Mesti datang. Kena jugak. Malaikat suci kat
sebelah kanan tak putus-putus memujuk.
Akhirnya, aku akur. Itupun disebabkan masih lagi
terngiang-ngiang nasihat doktor pada 2
bulan lepas. Eh, nasihat atau bebelan? Atau lebih pada khutbah?
“Mana boleh tak pergi. Kena pergi jugak kalau dah sampai
tarikh. Walau sibuk macam mana pun kena datang jugak (okey baru 2 minggu
semester baru ni memang relaks la, tengok la bila lab dah start nanti,
menggelupur la kau, nak pergi klinik tak ada masa!). Sakit kan? Tahu kan awak
sakit? Tuhan beri 24 jam satu hari kena bahagi masa nak pergi klinik? Bla bla
bla bla…..”
Okey! Okey! Pergi jugak! Kalau tak nak kena bebel terpaksa
pergi. Kali ni teksi menjadi pilihan. 3 orang member kebetulan nak outing
jugak. Dah terlambat nak booking ambulance tapi seboleh-bolehnya memang tak nak
naik ambulans. Iya memang free. Kemudahan pelajar. Tapi tak tahan pening. Nak
muntah. Tergolek-golek dalam van tu. Driver tu bawa laju. Jalan bukit-bukit,
pusing-pusing. Iya, memang driver ambulance dah dilatih untuk pandu laju, tapi
Iza bukanlah kes emergency.
“Wahh, Klinik Kesihatan Kuala Pilah dah makin cantik. Dah
renovate sikit.” Tapi dah makin cantik pun, kalau dah nama peel perangai yang
sememangnya malas & tak ikhlas nak pergi klinik pun tak boleh nak diubah
jugak. Erk!
Bila doktor tengok jer tarikh last TCA bulan April lepas,
mesti dia agak dah lama tak makan ubat. “Ermm saya buat kat Batu Pahat sebab
cuti sem. Saya study kat UiTM.” Jawapan biasa kalau dah lama tak datang klinik
hehe.
“So bila last kena lagi ni (ada kena sawan lagi)?”
“Bulan Februari lepas.” Jawapan yang tepat. Nyata, jitu,
padu, bermutu dan unggul.
“Baru kena la ni?” Erm doktor, rasa dah lama tu. Jarak bulan
2 dengan 6 lama tau hehe.
Aku menjeling. Tak mahu pandang muka doktor tu. Entah
kenapa.
“Masa tu kena kat mana?”
“Hostel. Waktu malam tengah tidur. Saya memang kena waktu
tidur.”
“Oh memang waktu tidur la kena ni.” Aku tahu risiko diserang
sawan sewaktu tidur. Kebarangkalian
untuk tak bangun langsung sampai bila-bila memang tinggi. Diserang sawan
sewaktu berenang, melakukan aktiviti air seperti mandi, memandu kenderaan,
serta aktiviti dan pekerjaan berat memang membahayakan. Tapi diserang sawan
sewaktu tidur juga memiliki potensi untuk SUDEP (Sudden Unexpected Death in
Epilepsy).
“Awak tak makan ubat eaa?” Doktor india tu suka menyakat
orang tapi memang betul pun soalan dia tu.
Belum sempat nak jawab, dia dah mencelah terlebih dulu.
“Cakap betul-betul, awak makan ubat tak ni?”
“Tak hee.” Straight je. Aku pejam mata. Bangga pulak tak
makan ubat. Doktor tersenyum. Dia sudah biasa berhadapan dengan karenah pesakit.
“Berapa lama ni tak makan ubat? Sebulan?” Aku peliklah.
Kenapa selalu expectation doktor tak makan ubat mesti sebulan?
“Aaaa 3 minggu.”
“3 minggu lama tuu.” Yup. Sedangkan kalau ikut protokol,
undang-undang, peraturan bagai, rukun makan ubat AED (Anti Epileptic Drug) tu
tak boleh tinggal walaupun sebiji walaupun sekali.
“Kenapa tak makan? Doktor tahu memang perit nak kena makan
ubat hari-hari tapi awak kena makan jugak…..” Riak muka doktor tu pun rasa
kesian. Dia pun manusia. Bukan robot. Doktor pun ada perasaan. Cuba bayangkan
kalau dia berada pada tempat pesakit, memang tak la kan? Step into my shoe and
you will only know what we feel.
“Hmm kadang-kadang saya memang langsung dah tak boleh nak
paksa diri nak telan ubat.” Jujur sajalah. Tak tahan. Tak sanggup. Penat.
Lelah. Malas.
“Kalau awak ikut doktor cakap & free lagi mungkin kami
boleh try kurangkan dose.” Ermm tapi dulu tahun lepas dah kurangkan dose tapi
still fit jugak!
“Start mula-mula kena
sawan masa umur berapa?”
“16.” 16 atau 17. Permulaan umur sebelum mencecah dewasa.
Aku menjadi dewasa bukan kerana umur. Aku jadi lebih matang kerana masalah.
“Masa kena tu tahu ke sebabnya, macam lepas accident atau
apa ke?” Aku menidakkan.
“Ke ada family relation yang memang ada sawan ni?” Soalan ni
aku pun pening memikirkan jawapannya.
“Pak cik tu ada tapi saya pun tak tahu la.” Keturunan ke?
Genetik? Perwarisan sifat?
“Oh ini kira blood relation jugak la.” Diagnosis doktor.
Tapi majoriti penyakit sawan ni kita tak pasti lagi sebab, punca, pokok pangkal
utamanya apa?
“Ada yang faktornya disebabkan kekurangan oksigen waktu
lahir kan doktor?”
“Hmm itu tak la.” Okey. Bukan sebab aku lahir songsang la
kot.
TCA akan datang. 11/8/2016. 2 bulan lagi dah ada follow up
lagi? Tepuk dahi! Bukan ke 3 bulan?
Tapi nasib baik tak ada bebelan kali ni. Dapat doktor yang
sangat memahami peritnya nak telan ubat tiap hari. Terima kasih sangat-sangat.
I really appreciate it!
UNIT FARMASI
“Ubat ni makan 1 biji pagi 1 biji petang, bla bla bla bla
vitamin bla bla bla bla.” Tapi kali ni dia beri 2 bulan terus bagus la. Tak
perlu ulang alik setiap bulan nak pergi ambil ubat. Lagipun semester final year
ni makin bertambah busy nanti tak sempat nak keluar pergi klinik. Haa tengok tu alasan dia tak nak pergi klinik?
Bulat mata sepet aku bila nampak satu plastik kecil
mengandungi berpuluh-puluh pil. Cukup untuk 2 bulan. 60 biji la tu. Satu biji
diambil pada setiap pagi. Tablet. Oren. Bulat. Saiznya lebih besar dari vitamin
B Complex & Folic Acid tapi lebih kecil dari Epilim yang biasa aku makan
tu. Tapi macam lebih kurang je saiz dengan Epilim tu hmm?
[Vitamin C@Ascorbic Acid]
Comel je ada bebear kat situ ;)
“Apa benda ni?” Disebabkan terlalu terkejut aku melontarkan
persoalan yang agak kurang sedap ayatnya. Maaf.
“Ini vitamin. Vitamin C (Ascorbic acid). Makan kunyah je”
Jawab pegawai farmasi.
“Untuk apa?” Heh kata nak jadi pegawai farmasi tapi rupa
& fungsi vitamin C pun tak reti!
“Untuk vitaminlah. Untuk tambah darah & selera makan
dik.” Okey jelas.
“Erm tak pernah makan.” Last time makan vitamin C waktu tadika kot itupun cikgu beri, jenama Champs kot.
Ehh kejap-kejap, bila masa aku cakap tak ada selera makan?
Tak ada cakap pun. Tapi memang betullah aku tak ada selera makan sangat (itupun
sebab homesick sikit nak balik kampung. Nak bali Johor, nak puasa dengan family. Marie si kucing gedik baru je beranak. Nak tengok baby bulus. Dah rindu kucing kat rumah). Cuma macam mana boleh tahu aku tak ada
selera makan? Semua doktor ni memang dah ada instinct dengan pesakit ke?
Ooh rasa sebab dia cakap family blood relation tadi tu kot.
Tapi sebenarnya Iza seboleh-bolehnya tak nak makan vitamin banyak-banyak. Huwaa
sekarang dah ada 3 vitamin kena makan. So, sekarang list ubat & vitamin
yang nak kena makan for this 2 months:
- Epilim@Sodium Valproate 200 BD (tak pahit)
- B Complex OD (busuk giler bau dia)
- Folic Acid OD (okey la tak rasa apa-apa)
- Vitamin C OD (okey yang ni sedap, manis masam)
Sigh. Be strong baby.
Ok bye Assalamualaikum!
p/s: “Kau nak praktikal kat hospital? Kau tu dah la ada
penyakit?” “Kuwangajooooo!”
#epilepsi
#epilepsi