Assalamualaikum ! Hai readers ! Apa khabar ? Macam mana sambutan Aidilfitri ? Ramadhan berlalu pergi meninggalkan kita. Syawal pula dirai. Alhamdulillah kita masih lagi diberi nafas dapat menyambut lebaran tahun ini. Sekarang mesti ramai dah masuk kerja, dah sekolah. Za Ahad nie balik kolej. Entri nie ditulis pada hari yang mulia, Jumaat penghulu segala hari. Hmm tak puas lagi cuti. Tapi bersyukur kira panjang jugak cuti, seminggu dapat puasa kat kampung, seminggu beraya. Alhamdulillah. Dapat bersama keluarga. Dapat jumpa anak buah kesayangan, Nur Zahratu Annisa. Makin besar dia. Dah pandai salam orang, dah pandai lambai orang, bye-bye kalau nak berpisah. Ehehehe.
Ha, bulan puasa dah habis. Ape cer dengan Projek Diet ? Hahaha. Tadi Za baru timbang berat, berjoget-joget Iza kat depan mesin penimbang tu. Padahal berat turun 2.5 kg je. Yeke ni ? Macam tipuuuu jer ? Takpe la sedapkan hati. Kalau mesin tu betul, bagus la. Kalau tipu, lantak la. Yang penting Iza bahagia sekarang ni. Tapi tak terhenti setakat tu je, berat idaman masih belum dapat dicapai. Sabar.... Perlahan-lahan.
Sebenarnya, tujuan Za tulis entri nie, nak cerita pasal Marie. Kenapa ? Malam tadi Iza mimpi Marie mati huhuhu.... Dalam mimpi tu, nampak Marie nazak, lepastu dia menghembuskan nafas terakhir depan mata Iza dengan Mama. Confirm la masa tu menangis-nangis. Tapi nasib baik mimpi jer. Bangun tidur, Za sedar masih pukul 6.30 am belum solat Subuh lagi. Lepastu masa Za turun tangga nak ke bilik air berwudhu, Za nampak Marie kat bawah kereta Babang. Cepat-cepat Za pergi kat dia, dukung dan peluk dia ketat-ketat. Za cium dia. Za cakap kat dia, "Marie, kite mimpi Marie mati." Lepstu Za menangis kat halaman rumah pada hening Subuh. Huhuhu. Barulah Za berwudhu, tenangkan fikiran, tunaikan solat. Mimpi tu seram sangat rasanya sebab mimpi kehilangan orang tersayang. Siapa tak takut kan ? Hmm mungkin Za terlalu sayang sangat kat Marie. Tapi orang dulu-dulu cakap, kalau kita mimpi seseorang tu mati, tu tandanya orang tu panjang umur. Hahaha tak tahulah, kita tak boleh nak percaya sangat dengan mimpi kan.
Apa yang istimewanya pasal Marie ? Sampai sayang sangat kat Marie ? Kucing je pun. Ni nak cerita la.
1. Manja
Marie ni, manja sangat-sangat dengan Iza. Kalau diajak duduk kat peha atau kaki Iza, sukaaaaa sangat. Kalau tak diajak pun, dia dengan rela hati & sukarela memanjakan dirinya kat Iza. Cuma dengan Iza je dia nak. Dengan Babah & Mama Marie tak berapa manja. Mama & Abah cuma rajin beri makan je, kalau usap atau belai, jarang. Nak manjakan Marie ? Heh jauh panggang dari api. Marie nie kalau duduk kat Iza mesti kat peha, nak minta pangku. Suka betul dia dengan kaki Iza. Lepastu kalau dah belai, jangan belai atau usap kejap je, mesti nak kena lama, kadang sampai dia tertidur. Kalau kejap je belai, dia akan tuntut belaian tu sampai puas.
2. Gedik
Gedik kuasa tiga dalam istilah Matematik. Kenapa ? Itu melambangkan gedik yang overload. Dia suka kacau Iza time solat. Landing atas sejadah, tayang body dia kat tempat sujud memang perkara biasa. Kalau nak solat kena pastikan tutup pintu & dia tak ada, kalau dia ada, jahanam solat Iza. Mengada-ngada. Tak ape la, haiwan tak ada akal kan.
3. Tak nakal
Marie langsung tak pernah panjat meja makan lepastu selongkar tudung saji curi ikan goreng. Sumpah tak pernah. Kalau ada ikan goreng kat dalam pinggan atas meja makan tak bertutup, sepatutnya kucing mesti bau & ambik kesempatan curi ikan tu kan ? Tapi Marie tak pernah buat macam tu. Kibbles dalam plastik pun tak pernah cuba dikoyak. Sesetengah kucing Za akan panjat meja, kalau terjumpa roti Gardenia tu, dia akan cakar-cakar & nak makan. Benda paling dajal pun Marie cuma selongkar tong sampah kalau bau sisa makanan. Itu je. Kalau Marie lapar pun, dia akan mintak kitorang beri makanan kat dia atau pandai-pandai la dia cari makanan sendiri.
4. Bijak
Pernah satu cerita, Iza pernah terjatuhkan pinggan kaca & pecah. Salah Za jugak letak pinggan tu kat tepi hujung papan kat anjung rumah. Lepastu Marie nak naik tangga ada masalah, kaki dia tak sampai sebab kaki dia macam cacat sikit, macam tak berapa kuat kalau berjalan atau memanjat. So Za tolong la dia, lepastu dia melompat ke atas, terkena pinggan, jatuh pecah la pinggan tu terhempas ke tanah. Mula-mula Za ambik keputusan tak nak beritahu Mama, takut Mama sedih. Tapi tak lama tu, Marie duduk diam je, dia tenung je serpihan kaca tu. Seolah-olah turut berduka cita & rasa bersalah sebab pecahkan pinggan Mama. Okey, memang salah kitorang. Finally, Za pun dihimpit rasa bersalah & ambik keputusan beritahu jugak kat Mama. Mama tak marah pun tapi mana la tahu dia sedih... Takpe, nanti Iza dah banyak duit Iza belikan yang baru ye ?
5. Cerdik
Apa beza dengan bijak ? Haha sama je. Cuma ada satu ketika, salah seekor anak Marie mati dimakan ayahnya. Biasalah anak kucing yang masih baby memang ada hukum karma kena makan dengan bapa dia. Tapi dia tak makan habis. Ada bangkai dia. Masa tu Mama tak nampak lagi anak Marie dah mati. Punyalah pandai dia nak beritahu Mama, dia gigit & bawa & letak kat depan Mama masa Mama tengah sibuk bersihkan sekitar kawasan rumah. Mama pun terkejut. Kalau Marie tak buat macam tu, mesti Mama tak nampak atau lambat tahu. Mungkin dia sedih jugak tengok anak dia mati & nak beritahu pada Mama. Binatang pun ada perasaan jugak.
6. Pandai
Marie ni, pandai dengar cakap orang. Selalunya, kalau Iza panggil dia, "Marie, jom sini, duduk dengan kite" (sambil buat suara comel + penuh kasih sayang), automatik dia akan datang ke arah Iza & duduk dengan Iza. Bukan setakat duduk sama-sama, badan Iza pun dia duduk. Iza dah jadi macam cat tree pulak. Kalau Iza panggil dia dari jauh, dia memang akan berlari ke arah Iza. Lagi satu, pantang pintu terbuka, dia akan cepat-cepat berlari selaju 180km/h nak masuk jugak.
7. Hebat
Kitorang selalu sangat dapat 'hadiah'. Contohnya bangkai tikus, burung, serangga, & binatang yang macam biawak tu, apa entah, orang Jawa cakap kadal. Marie nie haiwan pemangsa yang hebat jugak. Dah tangkap / matikan, dia akan main sampai puas dengan bangkai tu, & dia akan sengaja letak kat depan pintu, depan tangga, biar semua orang nampak. Sebab, kalau kucing tu suka bagi 'hadiah' kat kita, itu tandanya dia sayangkan kita ^___^
8. Peneman di kala sunyi
Kat rumah Iza sunyi. Tinggal Abah & Mama je. Kakak & Abang dah kahwin, tak duduk serumah. Iza seorang je tinggal. Jadi Marie je la kawan Iza. Bila Iza kat kolej, Mama pun sunyi pulak. Jadi Marie la peneman Mama. Mama pun selalu sangat cakap sorang-sorang dengan Marie kalau Abah tak ade. Sampaikan jiran pun dah faham, kalau bising tu maknanya cakap dengan kucing la tu.
Itu la serba sedikit tentang Marie, kucing yang dah dianggap macam adik kandung Za, macam keluarga sendiri. Abah tak pernah lupa belikan ikan untuk Marie & belikan kibbles untuk dia. Mama tak pernah lupa beri makan untuk dia sepanjang Za tak ade kat rumah, study kat UiTM ni. Marie tak pernah mintak rumah yang ada air-cond, tak pernah mintak ikan yang mahal, tak pernah mintak dijaga kesihatan dengan vaksin mahal, dia cuma nak tumpang berteduh, dia cuma nak makanan untuk hidup, dia cuma nak kasih sayang kami.
Marie diambil dari rumah kawan Mama sekampung masa dia kecik lagi. Dia tak nak pelihara kucing. Masa tu dia nak buang je. Ada lagi seekor adik-beradik dia tapi Za tak ambil. Cukup la Marie seekor peneman dikala sunyi, memandangkan masa tu Za dah tak ada kucing. Za beri dia nama Marie ikut watak kucing Marie kat kartun Disney tu.
Tak sangka, dengan hanya bermula kucing yang di'adopt' , sekarang dah jadi sebahagian keluarga kami. Dia umpama kawan baik Za dunia Akhirat. Persahabatan kami tak dapat dipisahkan. Za sayang Marie umpama sayang manusia. Kalau nak tinggalkan Marie balik kolej, sedih sangat. Kalau balik kampung, awal-awal pesan kat Mama suruh Marie tunggu. Dan selalunya Marie memang sambut Za balik. Bila nampak je dia, Za akan peluk cium dia tanda nak lepaskan rindu.
Harap persahabatan kami kekal sampai Akhirat. Nanti ajak kite masuk Syurga ye ? Harap Marie panjang umur supaya Za dapat nikmati kasih sayang dengan dia. Okeylah, penat menaip, Za cuma nak cakap yang Za saaaaaayang Marie ketat-ketat. Okeylah, bye-bye. Assalamualaikum !